Khamis, Jun 22, 2017

Crush dan Cinta, bagaimana menguruskannya?

Dah lama tak jenguk blog. Disebabkan aku baru sahaja bermula semester baru, jadi banyak nak kena urus, terutamanya wang. Bajet selalu tak mencukupi, tapi aku cuba untuk menguruskannya. Okeh, berbalik kepada tajuk hari ini, crush dan cinta. Siapa yang tak pernah merasai cinta kan?

Cinta ini satu benda yang sukar diungkapkan dengan kata-kata, maklumlah hanya orang yang pernah merasainya sahaja boleh describe rasa cinta tu macam mana. Orang yang tak ada perasaan macam aku ni bukannya tak merasai cinta tu langsung, rasa tu memang ada, cuma aku pandai urus supaya tak lah nanti dianggap perempuan murah, belum halal sebelum tibanya waktu. Tak kanlah kita sanggup digelar murah kan? Siapa ja yang suka?

Crush ni apa pulak? Aku dulu tak faham bila kawan-kawan selalu sebut pasal crush. Ye lah, aku dulu memang tak pernah fikir pasal crush. Sebab aku dulu dilema dan fobia dengan lelaki atas salah satu kejadian yang tidak mungkin akan aku lupa (tak akan cerita biarlah rahsia.). Jadi mesti korang tertanya-tanya kan macam mana aku urus rasa cinta tu kalau aku crush yang aku suka kan? Bohong sangat kalau tak ada crush kan? Cuma bezanya aku suka tengok orang yang baik, tak pernah tinggal solat dhuha (masa kat sekolah dulu), hormat perempuan (masa ni aku sorang je dalam kelas makan coklat, lelaki tu tunggu sampai aku habis makan dan kawan perempuan masuk kelas baru dia masuk), dan macam-macam lagi. 

Aku senang je kalau nak urus benda ni, aku tak fikir sangat pasal benda yang kurang memberi manfaat pada diri aku. Aku hanya fikir pasal pelajaran, sebab nak berjaya kena beri tumpuan pada pelajaran, lepas tu aku selalu mesej dengan kakak aku minta pendapat dia sebab semua orang tak sama kes dia. Haha, Yang paling penting jangan lupa doa pada Allah supaya hadirkan rasa cinta tu tiba pada masanya. Barulah hati kita tenang :). 

Okeh, itu cara aku. Kalau korang macam mana? Boleh kongsikan? Sekian terima kasih.

Isnin, November 21, 2016

Tips kurus versi aku :)

Assalamualaikum semua. Ha! Kali ini aku sengaja nak tulis pasal kurus. Korang pernah kan naik berat badan? Ke ada yang tak naik langsung? Seriously, aku dulu bukanlah seorang yang cepat naik berat badan. Masa aku darjah 6, aku Cuma 17 kg je. Aku tak tahu lah kalau budak-budak sekarang ni macam mana berat dia. Ke ada yang berat lagi daripada aku. Haha..yang tu depends lah kepada pemakanan ya. Sekarang ni, banyak gila restoran fast food. Ada je berlambak di tepi jalan. Tu memang aku tak nafikan. Aku pun selalu jugak singgah beli pisang goreng. Makanan berminyak tu. Kalau ikutkan, tak baik untuk kesihatan.

Sejak masuk IPT ni, aku tak pastilah sejak bila badan aku ni naik mendadak. Bahagia kot, makan banyak! Dulu dalam 32 kg je. Sekarang 41.5 kg. Aku sekarang ni dalam proses nak kuruskan balik badan aku. Berat aku normal dalam 34 kg. Bagi aku, lagi kurus daripada tu lagi okey. Actually, tak sihat sebenarnya kalau overweight. Nak jalan, naik tangga tu cepat sangat rasa penat. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok gambar di bawah ni. cuba bezakan antara sebelum dan selepas. Lepas raya haji, aku memang aim nak kurus. Sebelum ni tak kisah pun. Janji makan je kan. 

Aku boleh jelaskan apa yang aku makan dan senaman apa yang aku selalu buat untuk turunkan kalori.
Aku dah ambik Herbalife Formula 1 perisa coklat. Rendah kalori. Lemak pun sikit. Nak sedap, aku shake dengan oat.  Kenyang tu tak payah cakaplah. Dari pukul 7.30 pagi aku minum, pukul 2.30 petang pulak aku lunch. Berbaloi kan? Tapi sebenarnya ambik breakfast ni penting tau. Kang ada pulak yang pengsan sebab tak breakfast. Kita kan nak mulakan pagi dengan belajar, kerja dan sebagainya. Tak kan tak sempat ambik breakfast? At least minum air masak ke, makan sekeping roti ke, dah okey tu.

Untuk lunch pulak, kalau betul-betul korang nak kurus, korang kena banyakkan makan ikan. Bukan goreng ye, tapi sup. Sup ni kan kurang sikit pakai minyak. Ada yang nak request tak nak minyak. Its up to you. Janji ikan. Kalau jenis minat makan ayam macam aku ni, aku prefer ayam dada atau isi. Cepat kenyang. Nasi ambik dalam satu senduk je. Atau mangkuk kecik. Kadang-kadang aku bedal je nasi tu, tapi sebelah petang nya aku exercise. Keluarkan peluh. Barulah kalori tadi dibakar. Badan pun ringan je kan?  Betul tak?

Air. Air kena pastikan minum 2 liter atau lebih. Aku ni susah nak minum air 3 liter sehari. Dalam 2.5 liter pun gagah-gagah jugak. Tu pun aku paksa. Air kurang dalam badan korang yang menyebabkan korang akan menjadi gemuk sebenarnya. Tak susah pun. Aim sikit-sikit. Macam mana nak tahu badan korang cukup air ke tak? Haa, kena tengok warna air kencing. Kalau putih, bermakna badan korang cukup air. Kalau warna kuning, bermakna badan korang tak cukup air tau. Cuba okey.
Yang akhir sekali, pasal senaman. Mesti korang nak tahu kan apa senaman aku buat. Kalau rajin, aku senaman dalam 4 kali seminggu. Kalau malas, dalam 2 kali seminggu je. Janji badan berpeluh la. 

Aku selalu jogging dan push up. Senaman yang basic tu pun aku buat ( macam warming up tu). Dan aku suka buat lompat bintang. Dalam 15 minit, skipping 15 minit. Lari-lari anak dalam 10 minit sebelum berhenti rehat. Lepas bersenam, pastikan air minum okey. Nak gantikan peluh dan detox balik badan kita yang penuh dengan toksin tu.
Aku rasa setakat ini dulu tips kurus aku. Nanti aku share pulak apa produk aku pakai untuk menjaga kesihatan aku. J