Selasa, Januari 28, 2014

Mencuri Masa & Curi Tulang itu HARAM?


Buat semua pembaca yang saya kasihi, hari ini saya nak kongsikan satu benda yang orang tak tahu. Di sini saya mahu kongsi satu cerita. Cerita ini saya ambil dari Ruangan Beduk Diketuk. Dengar dan semat cerita ni dalam hati semuanya ya. Si A ini jumpa seorang pekerja yang bekerja dengan seorang majikan. Dan berlakulah satu perbualan. "Assalamualaikum pak cik." Si A itu pun menjawab salamnya.

"Ya, anak dari mana? Kenapa tak bekerja? Curi tulang ke?" Pekerja itu tidak menjawab pertanyaan si A. Dia duduk berehat sebentar. Lebih kurang dalam sepuluh minit. Barulah pekerja tadi menjawab pertanyaan si A, takut dianggap tidak sopan. "Alah, pak cik. Setakat lima hingga sepuluh minit, tak kan tak boleh? Nak juga berehat. Letih." Si A tidak menjawab terus, sebaliknya dia berfikir cara pendekatan yang sesuai untuk menyedarkan pekerja ini tadi.

"Cuba kamu bayangkan, berapa masa yang kamu habiskan dengan curi tulang sebegini dalam sebulan? Dari situlah duit haram akan muncul." Pekerja itu naik berang, merah mukanya. "Kenapa haram pula pak cik, sedangkan saya hanya berehat saja?" Si A membalas lagi, "Ya. Majikan kamu sudah amanahkan kamu untuk bekerja pada masa yang ditetapkan, tapi kamu sudah mencuri masa. Bayangkan jika sepuluh minit, dalam sebulan, kiranya kamu sudah buangkan selama satu jam waktu bekerja kamu."

Si A menyambung lagi, "Pak cik hanya mahu nasihat saja. Macam kes sosej bersalut daging babi, ramai umat Islam yang marah kerana tertipu dengan itu. Wajarlah kerana babi itu haram hukumnya bagi umat Islam makan. Ada suri rumah yang perihatin, sanggup bertindak menyamak kuali, periuk..pak cik bangga kerana umat Islam masih mengambil berat akan pemakanan mereka."

Pekerja itu bertanya, gaya tidak puas hati. "Habis, mengapa pak cik berkata jika saya curi tulang itu haram? Saya masih belum faham." Si A menjawab dengan hati yang tenang. "Sebenarnya, jumlah satu jam yang mungkin kamu habiskan itu akan dibayar gaji. Gaji yang haram. Dengan duit itu, kamu membeli makanan kepada isteri dan anak-anak kamu. Bayangkan, kamu hidup dalam hati yang gelap kerana hati kita perlu dijaga berdasarkan apa yang kita makan. Isteri dan anak-anak kamu, makan dengan hasil titik peluh kamu, boleh kamu bayangkan mengapa ada sesetengah anak-anak mahupun isteri kurang mendengar kata suami, dan ayah mereka? Mereka semakin menjauhi kebenaran. Sebab itulah, mereka mudah mendekati maksiat."
Pekerja tadi mula mengangguk faham. Dia nampaknya berlalu dengan tenang.

Kesimpulannya, Mencuri Masa & Curi Tulang adalah haram hukumnya.. Bersama-samalah kita muhasabah diri. Sekian.. :)