Khamis, Disember 24, 2015

Vape- Haram atau Halal?

Sekarang ini, vape sedang hangat diperkatakan di media sosial, sampaikan Fea sendiri pun bukan nak kata kena batch, tapi kena tegur dengan cara tak beradab oleh sesetengah masyarakat yang saudara seislam sendiri. Sedih dan kurang berpuas hati dengan kata-kata yang dilemparkan. Rasanya boleh tegur elok-elok, bukan cakap yang bukan-bukan. Tengoklah dia kat akhirat nanti. Merangkak meminta maaf.  Kalau yang masih kurang arif mengenai vape, disini Fea nak beritahu korang satu informasi mengenainya.
Apa itu vape?
Vape adalah satu rokok elektronik yang membolehkan pengguna menghisap rokok dalam pelbagai perisa. Yang Fea pernah terhidu masa tu perisa vanila.  Fea sebenarnya jujur kata, Fea tak suka orang hisap rokok dan vape, walaupun vape itu baunya 'menyegarkan'. Bagi Fea, tetap membahayakan kesihatan.
Apa kandungan vape?
Vape terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu bahan yang mensupply elektrik, asap dan nikotin. Jika ada seseorang yang kaki vape, ada 6 komponen mesti dia tahu kan. Vape ini lebih mudah daripada rokok kerana tidak  perlu menggunakan api untuk membakar. Di dalam vape ada satu tangki untuk menyimpan cecair yang botolnya kecil sahaja-dalam botol tu lah tersimpan banyak perisa.
Perisa itu adalah e-liquid. 
Harga vape.
Kebanyakannya bermula daripada harga RM90. Fea tak tahulah murah ke mahal, sebab Fea memang langsung tak pernah ambil tahu pasal ni. 
Rasanya itu adalah info serba sedikit tentang vape. Sekarang kita beralih pulak hukum tentang vape ini. Harap korang faham baik-baik. Nak komen, ikutlah. read at on your own risk! Fea tak bertanggungjawab.Menurut akhbar Utusan Online, yang ni Fea baca sendiri, kalau tak percaya, boleh Google okey. 
Berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Salih al-Munajjid, beliau mengatakan hukumnya adalah haram kerana berdasarkan hukum yang sama dengan rokok tradisional.
Ini sejajar dengan pendapat Syeikh Uthman al-Khamis yang mengatakan vape membawa kepada kemdaratan. Firman Allah dalam surah al-Baqarah dan hadis nabi,

 “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” (al-Baqarah: 195)


Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman: “....dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka...,” (al-A’raf: 157).

Dari segi Sunnah pula, Nabi Muhammad SAW bersabda: “La dharar wala dhirar” yang bermaksud “Tidak boleh melakukan perbuatan yang berbahaya dan membahayakan” (Riwayat oleh Ahmad, Malik, Ibn Majah & al-Daraquni).

Okeylah, setakat ini dahulu. Sekian, wassalam.