Owner



Nama diberi Nurin Najwa Irsalina. Boleh panggil Fea. Nak tahu sebab apa? Sebab Fea tu rasa nama yang cute! Eheh..sebab itulah tercetusnya Fea's Diary. Susah jugak nak cari identiti diri ni.

Lahir pada 25 April 1996. Umur 20. Tapi tak macam 20 tahun sebab Fea ini seorang yang kecil molek dan perangai macam budak-budak. (haha). Sekarang belajar di Sarawak. Jauh bebenor merantau. Semua kena guna duit. Tak apalah, janji belajar je kan?

Makanan kegemaran nasi ayam, chicken chop, ayam penyet, takoyaki dan juga cendawan goreng. Sebenarnya banyak lagi makanan, tapi yang ada di list ni sangat nak makan! (Dah gemok pun.) Minuman kegemaran suka air milo ais. Tapi bila minum air manis sangat-sangat ni, tak elok jugak untuk kesihatan.

Berblog dari tingkatan 4 lagi. Kebanyakan post waktu tu banyak yang didelete sebab merasakan post yang tak begitu sesuai. Haha! Merapu je lebih. Dapat buat blog ini sebab tujuannya nak share pengalaman dengan kawan-kawan blogger yang baru dan yang lama. Suka sangat dapat berkenalan dengan korang semua. (Love berterbangan).

Fea ada membuat review (Paid/Gift) untuk mencari duit poket. Maklumlah, Fea kena cari duit sendiri untuk beli tiket flight. Sedih memang sedih, tapi entah lah. Rasa macam nak kelur je dari tempat belajar tu sebab tak ada duit. Cuma kena banyak bertabahlah..Satu review tak mahal. Tapi mungkin berbeza dengan harga review blog lain. Yang penting Fea ikhlas :).

Okeylah, kepada yang nak review boleh saja. Sentiasa online. Eheh. :) Okeylah, nak jugak dengar korang punya biodata. Sharing is caring right?