Memaparkan catatan dengan label review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label review. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 11, 2017

Movie Review : Annabelle Creation

Hai! Dah lama kan aku tak update blog ni. Sebenarnya, aku dah memasuki semester 5, yang mana aku ada praktikal di sekolah. Setiap pelajar yang merupakan guru pelatih akan menghadapi praktikal, tak terkecuali. Sebab tu, rasanya habuk di blog ni dah boleh sapu dah. Haha. 
Semalam, baru aku dapat tengok cerita Annabelle, yang orang kata seram sangat tu. Aku sebenarnya keliru  waktu nak beli cerita kat cinema tu, sebab semua cerita review best-best. Jadi, sebab dari dulu lagi memang aku nak tengok cerita anak patung, aku pilih Annabelle. Mulanya takut jugak sebab tak pernah tengok cerita hantu, selalunya cerita fantasi, kartun. Aksi susah sikit sebab aku tak suka drama, filem yang keganasan.    
                                  Image result for annabelle
Cerita Annabelle ni lebih kurang je dari yang pertama. Isi dia sama : ada roh jahat rasuk anak patung. Dia jugak ada bagi flashback dan boleh relate sebab apa terjadinya pembunuhan Mr dan Mrs Muggins waktu dalam Annabelle yang pertama. 

Yang menariknya, Annabelle versi 2 ni dia mempunyai banyak scene yang boleh membuatkan aku terkejut. Dalam tengah mengantuk pun boleh terlepas kasut sebab sound effect dia yang kuat dan membuatkan jantung aku macam nak tercabut. Tapi, bagi aku, versi ni lebih best dan menyeramkan dari pertama. Paling yang aku takut sekali, bila ada satu scene Linda tembak bola kena muka patung tu, dan patung tu toleh ke arah dia! Sumpah seram!! Aku nasib baik laa tengok waktu petang. Kalau malam, memang tak tidur laa jawabnya.  Okey, kita bergerak ke sinopsis dia. 
Sepasang suami isteri, Sam Mullins (pembuat anak patung) dan isterinya mempunyai anak iaitu Bee. Bee merupakan anak yang baik dan suka bermain sorok sorok dengan ayah dia. Satu hari, semasa pulang dari majlis di sekolah Bee, kereta yang dipandu oleh Sam rosak dan apabila sedang menukar tayar, Bee mengambil salah satu skru yang terjatuh. Tapi, Bee dilanggar kereta dan mati pada hari berkenaan. Setelah 12 tahun berlalu, Sam telah menjadikan rumahnya sebagai rumah anak yatim dan menjemput anak-anak yatim perumahan tersebut. Berbagai-bagai kejadian pelik berlaku apabila salah seorang anak yatim tersebut membuka bilik kepunyaan Bee. Dan anak patung itu dibebaskan, roh jahat telah menghantui mereka.

Aku bagi rate 5/5 lah untuk cerita ni. Walaupun banyak review yang cakap cliche, bagi aku tak. Sebab banyak persoalan yang timbul sepanjang aku tengok cerita ni. Kalau korang nak tengok apa yang akan terjadi pada patung tu, pergilah ke pawagam sekarang :)

Selasa, September 13, 2016

Review : Train To Busan

Ha, aku nak cerita satu movie yang paling best dan trend sekarang ni kat pawagam. Semua mesti tertunggu-tunggu nak tengok cerita ni kan? Aku baru saja tengok filem ni. Bagi aku, filem ni terbaik. Aku bagi 5 bintang. Cerita yang digarap dengan baik, penuh dengan emosi. Aku kadang-kadang rasa nak maki saja kepada orang yang penting diri. So, pengajaran dia kat sini, korang semua jangan penting diri. Jom kita tengok sinopsis ini.
                                             Image result for train to busan
Image result for train to busan
Train to Busan (HangulλΆ€μ‚°ν–‰RRBusanhaeng) is a 2016 South Korean zombie apocalypse thriller film directed by Yeon Sang-ho and starring Gong YooJung Yu-mi and Ma Dong-seok. The film had its premiere in the Midnight Screenings section at the2016 Cannes Film Festival on 13 May.  On 7 August, the film set a record as the first Korean film of 2016 to break the audience record with over 10 million theatergoers.

Sok-woo and his daughter Soo-ahn are boarding the KTX, a fast train that shall bring them from Seoul to Busan. But during their journey, the train is overrun by zombies which kill several of the train staff and other passengers.While the KTX is shooting towards Busan, the passengers have to fight for their lives against the zombies. 

Kepada yang masih belum menontonnya, boleh tonton ya :)  Nah, belanja trailer. 


Ahad, Ogos 21, 2016

Review : Mung Bean Mud Mask

Assalamualaikum dan selamat malam (ketika entry ini ditulis), kepada semua pembaca. Alhamdulillah, 3 minggu yang cukup tough bagi aku, yang mana selama 4 hari bermula 8-11 Ogos, batch aku mengadakan aktiviti perkhemahan mengikut unit beruniform. Aku mewakili Bulan Sabit Merah Malaysia. Tak dinafikan, mendirikan khemah dan gajet di tengah panas tu membuatkan aku tak selesa. Kulit aku cepat terkena sunburn. Pakai la produk sunburn SPF 50 ke, 100 ke atau 150++ ke, kulit aku ni memang tak tahan sangat, lagi hitam je. Haha.

Nak dijadikan cerita, lepas elaun masuk, geng budak perempuan kelas aku pergi ke shopping mall, semata-mata nak pulihkan kembali kulit kami yang hitam macam arang. Aku lagi lah, ada orang tegur aku, kulit aku sangat berbeza daripada yang dulu. Sebelum ni memang kulit aku gelap, tapi ada lah sedikit putih. Aku tak kisah pun sebab daripada sekolah menengah lagi kulit aku memang dah gelap. Jadi, aku pilih set Nano White yang ada extra whitening. Cepat lah sikit hilang sunburn, dan aku tekap muka aku dengan air sejuk, bagi hilang sikit sunburn. Aku tak lupa jugak letak aloe vera. Orang cakap bila nak rawat sunburn, letak aloe vera saja.

Tapi, aku perlukan mask. Sebab tu, aku godek-godek Instagram semata-mata nak cari mask yang sesuai dengan muka aku. Selalunya produk daripada Korea sangat bagus dengan kulit aku sebab bahan-bahannya semula jadi, tiada bahan kimia. At last, aku jumpa! Satu insta ni jual Mung Bean Mud Mask. Mask lumpur kacang hijau. Kata owner tu, produk ni dia pun pakai, dan boleh tahan 3-4 bulan dalam satu bekas. Memang betul pun. Guna sikit ja. Terus rata di muka. Jimatlah. Lagipun, tengah sale masa tu. RM60 termasuk postage. Harga asal RM89.  Jadi, aku pun terus beli.
Mask ni berbau wangi, macam coklat gitu. Sapuannya lembut, tak kasar, dan kulit aku selesa. Sapukan selama 20 minit, lepas tu bilas dengan air bersih. Selalunya, lepas aku pakai mask, aku cuci muka, sapu toner dengan krim whitening sekali. 

                                     


                           
Kepada yang ingin membeli mask ini, bolehlah order di sini :
Whatsapp : 013-2524872 (Slow response  10 am-5 pm)
                     Quick response (6pm-10 pm)

Selasa, Julai 05, 2016

Review: Who Are You School 2015

Hai! Dah lama tak update blog. Sebenarnya tak adalah lama manapun. Cuma hari ni nak share satu drama Korea yang aku minat tahap gaban ni. Sebenarnya aku tengok sinopsis cerita ni kat fb. Masa tu terdetik lah nak tengok. Hari ni baru habis tengok. Cerita ni habis ditayangkan pada pertengahan Jun 2016. Maknanya cerita ni masih baru lagi lah. 


Cerita ni dibintangi oleh pelakon genit Kim So Hyun (tengah) sebagai heroin dalam cerita ni. Dia berperanan sebagai 2 watak iaitu Lee Eun Bi, seorang yang lemah lembut, sopan tetapi sering dibuli. Dan lagi satu Gong Eun Byul, seorang yang kasar, biadap dan pemarah. Aku paling suka watak dia jadi Eun Byul sebab dia ada prinsip yang tersendiri berbanding Eun Bi yang sedikit lemah. 


Cerita ini bermula apabila Lee Eun Bi sering dibuli dengan Kang So Yong dengan geng dia. Aku kesian la dekat Eun Bi sebab dia dibaling dengan telur, tepung dengan sos kicap yang baunya susah nak hilang pada hari jadi So Young. Memang tak guna betul lah So Young tu. Buli orang yang lemah saja. Sampaikan satu hari, Eun Bi tak tahan dengan buli tu, dia mengambil keputusan untuk bunuh diri dengan terjun ke dalam sungai. Aku memang ingatkan Eun Bi akan mati, tapi akhirnya dia diselamatkan oleh Eun Byul, kembarnya sendiri. 

Pada mulanya, Eun Bi hilang ingatan akibat kejadian tersebut dan memulakan hidup barunya di Sekang High School sebagai Eun Byul.So, aku memang percaya 100% yang Eun Byul dah mati semasa selamatkan Eun Bi. Hati aku sedih gila lah, sebab diaorang tak ada chance nak jumpa balik. Eun Bi berkawan baik dengan semua kawan Eun Byul. Sikap lemah lembutnya membuatkan semua kawan Eun Byul pelik dengan sikap Eun Byul yang sebelum ini. 

Diaorang sedih dengan kejadian yang menimpa Eun Byul waktu school trip. Eun Byul sebenarnya sering diganggu dengan hantu Soo In. Soo In dikatakan mati waktu 8.00 malam di dalam kelasnya sendiri akibat sakit. Waktu tu, Eun Byul rasa sangat tertekan dan menyalahkan dirinya yang mengakibatkan Soo In mati. Sampai di school trip pun, dia sering diganggu dengan mesej-mesej ancaman daripada hantu Soo In. Sampailah Eun Byul dikatakan hilang sehingga 10 hari kemudian barulah dia dijumpai (hakikatnya pada waktu tersebut Eun Bi yang dijumpai).


Ibu angkat kepada Eun Byul membawa Eun Bi balik ke rumah dan memulakan hidup baru dengan Eun Bi. Ibunya rasa lega kerana Eun Bi berjaya diselamatkan. Waktu tu, sedikit demi sedikit memori Eun Bi datang semula dan dia sedar dia telah menipu semua orang. Hakikatnya dia adalah Eun Bi, bukan Eun Byul. Dia tersedar sewaktu dia terjatuh dalam kolam renang. Pada waktu yang sama, Kang So Young telah datang ke Sekang High School sebagai pelajar baru dan dia dapat mengagak bahawa Lee Eun Bi masih hidup. Aku rasa macam nak cili saja mulut SoYoung tu. Cara dia mendapatkan kawan dengan cara yang salah. Sampaikan dia merenggangkan persahabatan Shi Jin dengan Cha Song Joo. Hanya kerana nak jadi model saja. Tak guna betul!

Macam-macam cara So Young ingin menjatuhkan Eun Bi. Dan aku rasa lega bila dapat tahu hantu Soo In itu mati pada waktu kelas, pukul 4.30 petang bila disiasat semula. Maksudnya, hantu Soo In yang sering mengganggu Eun Byul adalah kakaknya sendiri. Dan Eun Byul telah kembali ke pangkuan ibu angkatnya. Waktu tu aku rasa macam tak percaya. Eun Byul masih hidup dan memulakan hidup baru di sekolah tersebut. Dia tak akan berpindah! Dan dia marah sangat kepada Kang So young dan membuatkan So Young menangis dan tak dapat kawan akibat perbuatannya itu. Padan muka! Ayah kepada So Young berasa marah dengan anaknya sebab perlakuan tu menyebabkan dia susah nak masuk dalam politik. 

Ending dia sangat frust jugakla, sebab Eun Bi menjalinkan hubungan cinta dengan Han Yi An, kawan Eun Byul semasa kecil dan bukannya Tae Kwang, lelaki yang selalu ada dengan Eun Bi. Eun Byul pula melanjutkan studi di luar negara. 

Kesimpulannya, drama 16 episod ini banyak merungkaikan persoalan yang masih tidak terjawab dari episod ke episod. Aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini. Aku suka dengan perwatakan kembar dalam cerita ini. Kepada yang belum menonton, jom tengok!

Sekian. 

Ahad, Jun 26, 2016

Rutin kecantikan muka

Hai semua! Baru rasa nak share tentang rutin kecantikan muka dan diri aku. Selama ni kan, orang ada mencari satu tips macam mana nak jaga kulit. Tapi, aku ada tips tersendiri macam mana aku nak jaga kulit aku. Most important sekali, jangan malas! Kalau korang malas dengan tak konsisten, hmm aku tak boleh lah nak tolong korang lagi. Haha! Sebab nak cantik kena konsisten, bukan sekejap pakai, sekejap tak. Okey, jom tengok apa rutin harian aku jaga kulit muka.

1.       Ephyra Collagen Drink
Yang ni aku start makan setahun yang lepas. Aku konsisten makan selama 9 bulan saja, sebab aku ada digestion problem waktu tu. Jadi aku makan selang-selang. Ada lagi 3 sachet yang masih aku simpan. In case kalau aku nak minum, aku bancuh. Ephyra ni bukan saja untuk kulit ja tau, dia ada merawat jika kita ada gatal-gatal ke, demam ke memang elok la kalau minum. Korang cuba tengok ig akak Memey kita. Hari-hari dia minum tanpa skip. Wah! Aku tabik la dengan dia. Sebelum ni kulit dia gelap, tengok je sekarang, comel je kan. Ephyra ni bagus untuk ibu menyusu jugak tau. Banyak feedback yang kata bagus. Rasa? Haa, rasa dia macam minum jus oren je. Tambah-tambah lagi kalau bancuh dengan air sejuk. Memang lega tekak rasa. Tapi kalau nak lagi better, cuba bancuh dengan suam not air panas okey. Nanti segala protein dia khasiat semua hilang. Jangan terkejut, Ephyra dapat merawat kanser jugak tau.  Sekali sehari dah cukup. Dalam aku menaip ni aku minum lagi Ephyra. Sebab rasa dia sedap dan merawat jerawat tau! Aku ni ada jerawat yang teruk start darjah 2 lagi. Mungkin semua orang rasa pelik, tapi memang betul. Aku naik form 1 baru kurang. Harga dia cuma RM197 untuk SM dan RM207 untuk SS untuk 30 sachet. Nak harga promosi? Cuba korang cari dealer sah Ephyra. Korang bakal dapat free gift lagi. Boleh lawat di laman web di http://www.oceanlife2u.com

2.       Facial Spray & Tonner Eh Skinz
Ha, yang ni aku dah review dalam entry aku yang lepas. Fungsi facial spray ni adalah khas untuk mengecutkan jerawat dan juga untuk menyeimbangkan PH kulit kita. Kulit kita kan akan jadi kering lepas cuci muka, sebab tu disarankan memakai toner. Toner ni warna pink. Bau dia macam strawberi. Hehe. Nasib je aku tak minum. Kang tak pasal-pasal batal puasa aku. Ada orang tanya aku, macam mana nak pakai? Spray dulu kea tau toner dulu? Nah, ini jawapannya-cc kak Eyqa.

-Pakai toner dulu baru spray
-Spray 10 cm jarak dari muka kalau tak pakai make up. Yang pakai make up 20 cm.
-Lepas tu boleh la apply serum. Ikut la serum apa pun. Cuma tak boleh campur 2 serum dalam satu masa.

3.       Serum
Haa, aku start apply serum ni dari tahun lepas lagi. Sebab aku selalu tengok orang Korea jaga kulit diaorang. Kulit pun perlu jaga jugak tau. Yang ni boleh tengok entry aku yang lepas. Ada 12 jenis serum yang boleh korang pilih. Tapi aku pilih lightening, tightening dan juga oxygenating untuk kulit yang ada pori dan juga berminyak. Kadang-kadang tu malas juga nak apply serum. Aku pakai krim je. Serum letak dalam suhu bilik okey. Ataupun dalam peti sejuk. Tapi sekarang, tak boleh malas. Haha! Barulah kulit glowing gituh..

Rabu, Jun 22, 2016

Review: Sensual Serum & Toner & Facial Spray Eh Skinz

Hai! Dah lama kan aku tak update blog. Musim segala assignment dah nak mula. Lecturer dah banyak bagi kitaorang segala tugasan. Okey, lupakan hal itu. Haa, nak tahu tak kenapa aku rasa macam nak review satu produk yang aku pakai sekarang ni? Sebab aku rasa produk ni sangat berkesan kepada yang mempunyai masalah kulit. Memandangkan serum Ephyra Skin Nano aku tu dah nak habis, (actually sample je tu. Aku redeem tahun lepas). 

Aku pun godek-godek salah satu insta yang aku pernah order serum dengan dia dulu. Ada 12 jenis serum. Korang boleh pilih nak pakai yang mana, ikut kesesuaian muka korang lah. Aku jenis yang berkulit gelap, sebenarnya tak gelap sangat. Sebabnya, aku kuat kawad masa di sekolah menengah, jadi kulit mudah sunburn. Haha! Semua perempuan kan mesti rasa tak puas hati kalau duduk sekejap je kat cuaca panas, sunburn nya, lahaaaii, sangat lah tak suka.

Sebab tu, kalau kawad aku kena pakai sunblock. Nanti tak adalah melanin dalam kulit banyak yang keluar untuk melindungi kulit kita. Sebab tu kalau melanin keluar berlebihan, kulit kita akan timbulnya jeragat. Seriusly, aku ingatkan jeragat untuk wanita yang berusia saja. Rupanya aku ada check balik kulit aku, ada sikit jeragat.  Tak apa. Serum yang aku order daripada kak Eyqa-orang Kelantan, tahun lepas, masih ada 2 botol kecik lagi yang tak dibukak iaitu regenerating dengan soothing. Soothing ni untuk kulit yang ada jerawat yang ada nanah, kiranya jerawat yang teruk lah sangat. Sebab tahun lepas aku ada jerawat yang teruk, merah-merah. (Gambar tak dapat disertakan di sini kerana hilang. Sorry.)

So, aku contact kak Eyqa. Kak Eyqa ni sangat ramah tau. Dia yang suggestkan kat aku macam mana cara pakai, jenis serum yang sesuai dengan masalah kulit. Sebab tu tahun lepas aku borong 10 botol serum. Kecuali serum eye care sahaja sebab masa tu mata aku tak jadi panda lagi macam sekarang, haha! Kuat studi sangat lah tu. Sekarang, aku contact lagi dengan dia. Aku mintak serum Oxygenating, Whitening dan Tightening bagi yang kulit berminyak serta gelap. Sebenarnya kulit aku dah putih sikit, cuma aku nak jaga kulit betul-betul. Sebab nanti senang, tak payah gi buat rawatan kat tempat yang mahal-mahal kan?






Dan lepas serum, aku grab facial spray 30 ml dan juga toner 30 ml. Semuanya RM80 termasuk postage. Facial spray ni dia dapat melembapkan kulit, menyeimbangkan pH kulit dan membuatkan kulit kita lebih bersinar. Tambah-tambah kita kan sedang berpuasa, kulit kita cepat kering. Selain makan kurma, kita jugak perlukan segala skincare ni. Supaya kulit kita akan lebih terjaga. Ha! Sebenarnya kita tak digalakkan makan makanan berminyak, minuman yang manis (aku dah bedal makanan macam ni, huhu). Kulit boleh timbul jerawat dan gatal-gatal.

Haa, nanti aku sertakan gambar aku sebelum dan selepas. Kak Eyqa cakap, serum dan facial spray dan sabun memang laku keras lah. Kepada yang nak jadi agent dan stokis sangat dialu-alukan. Tak ada masalah.

Kepada yang berminat untuk membeli skincare ni, korang boleh contact nombor telefon dan insta kak Eyqa di bawah:

Instagram:@eyqahellokitty
Whatsapp: 019-9312799

Sabtu, Jun 11, 2016

Review : Gerai No 9 (Tanjung Dawai).

Hai! Hari ni dah pergi jauh (Sarawak) untuk belajar punya pasal. Haha. Bukan apa, dah masuk  semester baru dah kan, kena bersiap sedia dengan mental dan fizikal yang kuat.Maaf ya kalau blog ini kembali berhabuk, sebab semester baru ini akan bertmbah sibuk dengan pelbagai aktiviti, maklumlah dah dalam bulan puasa lagi kan, tak lama lagi nak raya (excited bukan main).  Baiklah, aku (maaf jika bahasa sedikit kasar sebab selalu panggil Fea je kan) nak review satu tempat makan di Tanjung Dawai. 

Sebenarnya, tok aku dia cakap ada teringin nak makan di Tanjung Dawai, berdekatan dengan jeti tu. Apa lagi, aku, maksu dan makcik aku pun ambil keputusan untuk singgah jalan-jalan di sana. Sebelum puasa kan? Sempatlah kami ambil angin sebentar di sana. Tok aku ni suka shopping tau. Dia pantang jumpa kedai-kedai, memang dia akan borong habis lah. Aku ni jenis suka berjalan je, nak shopping pun beli skincare je. Haha!  Sampai je kat sana, kami terus pergi dalam kedai yang jual makanan kering macam ikan kering, sotong kering. Aku jenis suka tengok orang jual je. Nak beli macam malas pulak.  

Lepas habis je membeli, aku dan makcik aku pergi ke satu kedai yang jual air tebu. Aku ni suka sangat la air tebu. Tambah-tambah lagi bila air sejuk-sejuk pulak. aduh! suka betul. Aku beli satu je sebelum kami makan kejap lagi. Maksu dan tok aku dah bersiap untuk makan. Siap pilih lagi gerai mana yang depa suka makan. Aku jenis suka makan, tak kisah ler nak makan apa pun, janji makanan. Sampai je kat tempat makan, aku order laksa dengan nescafe ais. Laksa dia sangat sedap. Kuah pekat. Memang jarang lah nak jumpa kuah laksa dia pekat. Selalunya cair je kan. Apa lagi, makan dengan berselera lah. 

Sambil makan, kami sempat lagi ambik beberapa keping gambar nak buat kenangan. (Actually, aku tak suka sangat nak selfie). Layankan saje lah. Masa tu air pasang. Sampaikan basah seluar aku masa makan. Tapi air tak adalah naik sampai dekat meja kami makan tu. Adalaa dalam percikan air tu je. Aku makan mee udang jugak. Ya Allah.hanya tuhan je yang tahu betapaa sedap gilaa mee udang dia. Udang dia fresh, besar dan sangat lembut. Makan je rasa cair dalam mulut. 

Memang korang tak akan rugi kalau korang makan kat sini. Sangat berbaloi. Disebabkan maksu aku nak makan nasi goreng, aku bedal lagi. Aku kalau pasal makan, memang makan sungguh. Sebab kita bayar kan? Lagipun aku rasa tak elok la nak membazir pulak. Kesian makanan tu. Dekat RM60 jugaklah kitaorang makan masa tu. Tapi semua gembira sebab seafood dia sangat segar. Baru tangkap lagi. 


Gembira bukan main kakak aku ni. Hehe..

Ni lah kedainya. :)





Jumaat, Jun 03, 2016

Review : Blog Cik Ash

Hai semua! Buat pemilik blog Cik Ash, Fea minta maaf sangat-sangat sebab kekangan masa dan juga jadual yang padat, Fea baru sekarang dapat meng review kan blog Cik Ash ini. Masa pertama kali Fea tengok blog Cik Ash, Fea suka dengan header dia. Cantik sangat. Warna purple. Actually, warna purple pun warna kegemaran Fea juga.  Fea yakin, kepada yang suka warna purple, mesti tertawan dengan blog Cik Ash. 

Tadaaa! Cantik kan? 


Cik Ash banyak berkongsi tentang pengalaman nya, resepi dan review tentang air yogurt Yeos-Fea sangat suka tu, tambah-tambah perisa original. restoran yang terkenal dengan seafood (buat yang gila dengan seafood, boleh tengok). Bahasanya juga mudah difahami. 

Buat para ibu-ibu di rumah mahupun anak gadis yang ingin belajar memasak, Cik Ash menyediakan pelbagai resepi yang menyelerakan. Fea tak tahan betul tengok resepi-resepi kat blog dia. Selera nampaknya. (tak lama gemuk lah ..). Antaranya kentang goreng homemade, donut green tea (Omo! Fea tak pernah rasa..macam mana agaknya rasa dia..), dan juga ayam goreng kuah asam jawa. Sedap kan. Korang bolehlah berkongsi-kongsi resepi. Cik Ash ini baik orangnya. Hehe..

Contoh resepi :)


Berikut merupakan bloglist Cik Ash. Jom tukar link sekali :)

Lagi satu, Cik Ash ini banyak berkongsi ilmu pengetahuan kepada kita. Tak salah kan kalau kita nak share ilmu kita kan? Jom kita follow blog Cik Ash. :)

http://cikash.blogspot.com/


Khamis, Jun 02, 2016

Review: Cream, Soap & Serum Suspa Beauty

Sebenarnya, dah lama nak review tapi masa tu barang dah sampai dan Fea ada di Kuching. Tak sempat nak merasa pakai produk ni. Baru godek-godek dah jumpa dalam stor. My mum yang simpan. Berkurun cari tak jumpa. 
Ini merupakan day & night cream. Sedikit melekit tapi baunya sangat wangi. Fea selalunya guna lepas cuci muka dengan sabun beras. Limited edition tau! Ada jugak produk yang lain antaranya ialah:

ULTIMATE PERFECTING TONER
πŸ‘‰ Bahan asas: Extract bunga mawar merah 🌹🌹🌹
πŸ‘‰ Fungsi:
- miracle water πŸ’–
- dapat mengecutkan jerawatπŸ’–
- dapat membersihkan liang pori yang tersumbatπŸ’–
- mempercepatkan pencerahanπŸ’–
- melembutkan wajahπŸ’–
- membuang sisa kotoran pada kulitπŸ’–
- bertindak sebagai anti penuaanπŸ’–
πŸ‘‰ Cara Penggunaan:
1.Basuh muka dgn Milky Gluta soap/Acne soap.
2. Lap sehingga kering. Semburkan toner pada kapas dan sapukan perlahan-lahan pada wajah ATAU semburkan terus ke wajah. Kemudian, sapukan krim siang suspa beauty diikuti bedak dan semburkan sekali lagi untuk kemasan bedak dan pasti kulit akn kelihatan cerah semulajadi.
Toner daripada ekstrak mawar sangat berguna kepada yang berkulit pori yang besar atau kecil. Baunya yang wangi pulak tu mebuatkan kita rasa segar sepanjang hari. Sebenarnya kulit yang ada pori membuatkan kita tak selesa sebab ada minyak di muka. 
 WHITENING SPECIALIST SERUM
πŸ‘‰ Bahan asas: Extract buah peach πŸ‘πŸ‘
πŸ‘‰ Fungsi:
πŸ’‹ Mengecilkan parut jerawat berlubang
πŸ’‹ Mengecilkan liang roma
πŸ’‹ Merawat masalah jerawat, blackhead, whitehead, pori terbuka dan jangkitan bakteria.
πŸ’‹ Memperbaiki jaringan kulit yg rosak dan kedutan pada wajah
πŸ’‹ Mencerahkan wajah dlm waktu singkat
πŸ’‹ Mengurangkan pigmentasi tanda penuaan
πŸ‘‰ Cara Penggunaan:
Basuh muka dengan Milky Gluta soap/Acne soap. Ambil satu pam WSS,dan ratakan pada wajah. Urut perlahan-lahan sehingga meresap ke dalam kulit (lebih kurang 1 minit)
SANGAT BAGUS JIKA DIGUNAKAN BERSAMA EXTRA WHITENING SET. Highly recommended πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Serum ini sangat bagus jika digunakan setiap hari dalam 2 kali sehari. Serum membantu supaya kulit kita akan tegang dan mencerahkan kulit. Serum juga berupaya membaiki sel-sel kulit yang mati dan mengeluarkan sel kulit yang baru.
DIAMOND FOUNDATION 
Take note:
πŸ‘‰ Menutup parut,jerawat,jeragat,kedut
πŸ‘‰ Mengandungi UV protection yg tinggi
πŸ‘‰ Merawat kulit kering dan kulit berminyak
πŸ‘‰ Mengandungi pati pencerah yg dpt mencerahkan kulit dari dalam
πŸ‘‰ Diinovasikan dgn effect 'glitters'
πŸ‘‰ Tahan sehingga 18jam (setiap kali penggunaan)
πŸ‘‰ 1 pc tahan 4bulan
πŸ‘‰ Pakai dgn span lembap utk kesan yg terbaekkk πŸ‘πŸ‘πŸ‘ 
Kandungan:
πŸ‘‰ Mineral
πŸ‘‰ Minyak biji anggur
πŸ‘‰ Kolagen dari tumbuhan
Harga:
πŸ‘‰ RM66(WM)/RM76(EM)
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Kelebihan Suspa Beauty Acne Soap
πŸ’‹ Mencerahkan kulit
πŸ’‹ Mengandungi antibiotik yg dpt merawat jerawat yg serius
πŸ’‹ Membuang bintik hitam dan jeragat
πŸ’‹ Menghapuskan minyak pd wajah (disyorkan kpd yg kulit berminyak
πŸ’‹ Anti penuaan
πŸ’‹ Mengecilkan pori pd wajah
 Kelebihan Suspa Beauty Milky Gluta soap
πŸ’‹ Dihasilkan dari susu segar
πŸ’‹ Melembapkan kulit dan membantu membekalkan oxigen utk kulit
πŸ’‹ Mencerahkan kulit dr dalam
πŸ’‹ Menghapuskan parut2 jerawaf
πŸ’‹ Memudarkan bintik2 hitam dan jeragat
πŸ’‹ Mengawal minyak
πŸ’‹ Mengecutkan jerawat2 halus
πŸ’‹ Anti penuaan
Sekarang, Fea bagi details kepada yang nak order. Produk ini sangat best. Sebab dia organik. Tak ada bahan kimia yang boleh merosakkan kulit :)
Cara order:
Whatsapp -0139061208 (Kak Ifa)
Instagram: @migafamussiesuspa_beauty
Facebook: Migafa Mussie

Selasa, Mei 31, 2016

Review: Nouraa Cleansing & Aura Rezeki-Garam Mandian

Hai! Untuk review produk kali ini, Fea nak suggest pada korang yang selalu mempunyai penyakit seperti sakit kepala ke, selalu rasa tak bermaya  dan ada jugak yang ingin membuang gangguan sihir dan sebagainya, Fea cadangkan korang ambik mandian garam ini. Garam dia berbentuk halus, macam dah diblended, tambah pulak, bila bukak penutup tu bau dia sangat wangi :) 
                                  
Ini contoh produk Aura Rezeki. Yang kembar Fea guna. Fea punya warna ungu. Tak sama. Tapi function dia lebih kurang sama. Yang susah dapat jodoh pun boleh guna. Tapi Fea nak hilangkan sihir sebenarnya, Alhamdulillah, dah masuk 3 hari Fea guna. Tak datang dah mimpi buruk dan yang pelik-pelik. Dan yang lebih Fea terkejut, muka lebih awet muda (Fea dah awet muda sebab walaupun dah 20 tahun, muka tetap sweet gitu..hehe). Jadi korang jangan terkejut tau kalau korang jadi lebih muda daripada yang sebelum ni. Kembar Fea muka dia jadi putih, tak sama macam dulu. 
Garam dia lebih besar. Cantik kan?
Sekarang ada promo, beli 2 RM100 percuma spray Mawar :)

Cara guna:
1. Letak satu atau dua sudu kecil makan garam. Korang pandai-pandailah agak macam mana.
2. Air tu dalam baldi. Dalam 1.5 liter macam tu. 
3.Korang mandi dulu macam biasa. Air garam ini mandi sebagai bilasan terakhir. Air tu kacau 7 kali berserta selawat dan niat. 
4. Mandi
5. Guna setiap pagi (atau sebelum jam 6 petang). selama 21 hari berturut-turut. Lepas tu baru boleh selang-seli. Macam Fea punya 100 hari berturut-turut.

Selamat mencuba. Boleh cari di ig. Search saja okey :)

Isnin, Disember 28, 2015

Review Blog Sabrina

Hai! Lama betul kan menghilang? Sebenarnya tak pun. Kan Fea sibuk sikit buat bisnes yang Fea post sebelum ni? Dapatlah RM50. Alhamdulillah. Memang rezeki murah betul hari ini. Kalau korang nak join, boleh je whatsapp Fea. Nanti Fea jawab okey :)
Berbalik kepada tajuk post, hari ni Fea nak review blog Sabrina. Sabrina ni pemenang giveaway. Tak ingat dah giveaway apa. Tapi yang pasti Fealah jadi sponsor. Fes time, Fea terkeliru dengan Sabrina SA (jangan marah). Sebab nama sama kan? Nasib baik la pergi bukak blog dia ni. Kalau tak, memang konfem salah review! Haha :)


Cantik kan header dia, warna pink. Warna kesukaan Fea tu. Walaupun Fea ni orang cakap macam budak-budak sebab minat warna pink, tapi Fea tak kisah pun. Fea suka sebab warna ni lembut kan? Sapa yang suka warna pink angkat tangan? Haha, mesti ramai kan yang minat. Lagipun, warna pink campur dengan warna biru, lagi comel. 

Tajuk header dia, SMILE, ANYTHING HAPPENS FOR A REASON. Fea tertarik dengan kata-kata di header dia tu. Menarik. Senyum walaupun apa pun terjadi. Dengan burung hantu sebagai icon, Fea rasa nak jadikan blog Fea ni sebagai design dalam cerita Scholar Who Walks The Night. Cerita Korea tu. Memang best lah! Tunggulah tahun 2017 pulak, nanti Fea tukar design. Haha! Tunggu sampai kaya lah.

Blog ni sangat simple dan cepat je loading kan? Tengok la blog Fea, lambat lah sikit nak loading, haha, ada lagu, salji bagai. Fea suka sangat dengan latar belakang blog ni. Secara keseluruhannya, Fea bagi 4.5 bintang :) 


Kepada yang nak tambah kenalan, boleh follow blog Sabrina okey. :)Follow jangan tak follow.

http://bluechoralpearl.blogspot.my/

Selasa, Disember 15, 2015

Review: Aloe Vera Soothing Gel

Hi! Hari ini Fea nak review satu produk Korea yang Fea sedang pakai sekarang. Sangat lembut pada kulit dan tidak sakit. Pada yang ada sakit atau allergic pada kulit, disarankan korang guna gel ini 
Dalam dia warna putih, masa kita nak guna tu, dia macam berair sikit. Sangat jimat dan tak perlu guna banyak2. Guna sikit ja. Kelebihan produk ini adalah, 
1.Tak sakit pada kulit.
2. Sesuai untuk masker muka dan seluruh badan.
3.Untuk rambut pun boleh
Korang pun sedia maklum kan kenapa orang Korea muka cantik je, sebab diaorang pandai jaga kulit muka. Ceh! Baru tahu nama produk ni. Actually, kepada yang sunburn tu memang elok sebab dia khususkan untuk sunburn. Tak payah beli krim bagai. Rugi sangat. Beli gel ni dapat guna seluruh badan. Wangi je badan. 
Harga: RM20 di ig. Boleh cari :) Klau mahal tu mungkin include postage dan caj GST mungkin.
Cubalah! Sangat berkesan :)

Selasa, Disember 08, 2015

Review: Shake Herbalife

Hai! Hari ni nak review tentang Herbalife. Herbalife ni kalau tak silap, artis Nurul tu pon guna masa lahirkan anak dia. Tak sangka, Herbalife ni dah makin dikenali di negara orang. Orang barat pun guna tau Herbalife ni. Sebenarnya kawan Fea ni dia coach tau. Kepada yang nak kuruskan badan, nak plan meal secara sihat bolehlah PM dia di  fb tu okey. Dia dah menjadi pengguna setia Herbalife sejak 2012 lagi. Fea pernah baca blog dia, dia minum shake Herbalife secara curi-curi. Hehe, takut punya pasal. Ha, okeylah, mari Fea ceritakan apa kelebihan Herbalife.


Herbalife ni ada jual minuman kesihatan, iaitu orang panggil shake. Shake ikut sukalah, you all nak blender ke, letak air sejuk ke, janji shake. Shake ni sesuai minum pada waktu pagi masa perut kosong. Kenyang, hehe. Macam ephyra, tapi shake ni ada macam-macam perisa. 
Shake perisa Dutch Chocolate


Perisa shake
1.Dutch Chocolate
2.Vanila
3.Capuccino
4.Mixed fruits
5.Cookies and Cream-perisa baru

Memang semua perisa dia tip top lah! Fea memang suka sangat kalau shake macam-macam perisa. Tak adalah boring sangatkan? Asyik perisa yang sama je. Shake ni tahan sebulan tau. Kiranya jimatlah kan. Harga? Ha! Dia cakap nak kasi harga special punya untuk siapa yang berminat. Tak rugi pun, kita ni dah la makan secara tak sihat, jadi apa salahnya kita mulakan tahun 2016 dengan makanan yang sihat?

Nutrisi yang baik, untuk tubuh badan yang baik kan?

Apa lagi, jom kita start a new life with HERBALIFE. Kejap lagi Fea nak terangkan tentang mask Herbalife pulak :)



Rabu, November 25, 2015

Review: Pobling Sonic Pore Cleanser

As salam semua! Hari ni Fea nak review sikit tentang pobling ni. Banyak yang guna dan jual kat ig. Mesti sapa yang tak pernah guna tu akan tertarik kan nak guna? Hehe. Ada yang tak pernah tengok, meh sini nak tunjuk. Jangan malu2. Nak cantik kan, kena usaha sikit.

                                      

Pobling ni banyak kegunaannya. Fea guna pun sebab bedal yang twin Fea punya. Hehe. Dia punya warna merah.
       

Meh kita tengok apa kelebihan menggunakan pobling ni.

1.Mencerahkan kulit-Ini terbukti! Fea dah guna. Muka dah putih sikit, Fea suka main panas. Haha, tulah, muka masa kawad dulu pun, habis muka. Macam udang bakar dah tengok.

2. Mengecilkan liang pori. Yang ni memang betul. Pori2 akan kecil dan muka pun akan kurang berminyak. Best sangat! Rugi tau kalau tak beli. Kat ig tu berlambak.

3. Menghilangkan blackhead dan whitehead. Muka Fea memang banyak blackhead dengan whitehead pun. Hehe. Jadi kan, perlu kan sangat2 benda ni. Sebab blackhead di muka  dah makin kurang. So, kepada yang masih ragu-ragu tu, tak payah lah nak ragu-ragu okey. :)

Fea review product yang Fea pakai je tau. Kalau korang nak merasai sendiri pobling ni, pegi beli kat ig. Berlambak orang jual. Bukan tu sahaja, ada jualan promosi lagi. Tu yang Fea sukr sgt.



Cara guna pobling. Kena ada bateri AAA tau.

Kesan dia :)


Rabu, Mac 18, 2015

-Movie Review- Cinderella 2015


As salam buat pembaca blog sekalian..hari ni nak review sikit pasal citer Cinderella yg hangat diperkatakan tu..hehe..citer dia best sgt!!! sy kasi 5 bintang. Sbb sebelum ni citer Maleficient pon best, jd sy x sbr nak tgk citer nie sbb citer ni fantasi..suke sgt!

Apa yg sy lihat, cerita ni x berubh langsung dr konsep cerita asal. Tp, ada sedikit perubahan dlm cerita ni, dia mcm cerita Cinderella III yg twist in time, tp x byk. cuma part pecahkn kasut kaca tu je. Baju dia cantik sgt..nk sgt pakai mcm tu hehe.. apa2 pon, jom tgk trailer ni..


Semoga terhibur :)

Khamis, Mac 12, 2015

Review: Ephyra


As salam buat pembaca blogger sekalian Hari ni saya nak kongsikan tntang cara saya menjaga kecntikan dlmn dan luaran. Nak tahu? Ephyra lah namanya. Mesti yg x pernah dgr kan? Jom2 kita dgr meh..

Rupa Ephyra ni mcm ni tau..
                       

Ephyra ni banyak kelebihannya. Yg nak kurg berat badan pun boleh..klu nak tmbh berat badan, minum selepas mkn nasi. Lagi satu, pernah x korg ada eye bag? Ha..itu namanya korang kekurgn kolagen dalam badan. Ephyra bertindak sbg vitamin C bg yg ingin menjaga kulit muka.  Ephyra sesuai diambil oleh kanak-kanak dr 4 tahun lagi sampailah dewasa. byk testimoni yang mengatakn Ephyra sgt berkesan. Org pregnant pon boleh ambik. aslkan x ade alahan. Saya bru amik Ephyra sebulan yg lalu. Alhamdulillah..kulit muka dah kurg berminyak dah..










Duta bg produk ni adalah Norman Hakim dan Memey..

Lagi satu, Ephyra ni ada 2 pek. Trial (10 sachet) dan Premium (30 sachet). Dan ada free sabun, shaker, beg serta kalendar. jom cepat2 grab. boleh tgk di fb Oceanlife :)

kita terjah testimoni jom :)