Memaparkan catatan dengan label usrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label usrah. Papar semua catatan

Khamis, Jun 22, 2017

Crush dan Cinta, bagaimana menguruskannya?

Dah lama tak jenguk blog. Disebabkan aku baru sahaja bermula semester baru, jadi banyak nak kena urus, terutamanya wang. Bajet selalu tak mencukupi, tapi aku cuba untuk menguruskannya. Okeh, berbalik kepada tajuk hari ini, crush dan cinta. Siapa yang tak pernah merasai cinta kan?

Cinta ini satu benda yang sukar diungkapkan dengan kata-kata, maklumlah hanya orang yang pernah merasainya sahaja boleh describe rasa cinta tu macam mana. Orang yang tak ada perasaan macam aku ni bukannya tak merasai cinta tu langsung, rasa tu memang ada, cuma aku pandai urus supaya tak lah nanti dianggap perempuan murah, belum halal sebelum tibanya waktu. Tak kanlah kita sanggup digelar murah kan? Siapa ja yang suka?

Crush ni apa pulak? Aku dulu tak faham bila kawan-kawan selalu sebut pasal crush. Ye lah, aku dulu memang tak pernah fikir pasal crush. Sebab aku dulu dilema dan fobia dengan lelaki atas salah satu kejadian yang tidak mungkin akan aku lupa (tak akan cerita biarlah rahsia.). Jadi mesti korang tertanya-tanya kan macam mana aku urus rasa cinta tu kalau aku crush yang aku suka kan? Bohong sangat kalau tak ada crush kan? Cuma bezanya aku suka tengok orang yang baik, tak pernah tinggal solat dhuha (masa kat sekolah dulu), hormat perempuan (masa ni aku sorang je dalam kelas makan coklat, lelaki tu tunggu sampai aku habis makan dan kawan perempuan masuk kelas baru dia masuk), dan macam-macam lagi. 

Aku senang je kalau nak urus benda ni, aku tak fikir sangat pasal benda yang kurang memberi manfaat pada diri aku. Aku hanya fikir pasal pelajaran, sebab nak berjaya kena beri tumpuan pada pelajaran, lepas tu aku selalu mesej dengan kakak aku minta pendapat dia sebab semua orang tak sama kes dia. Haha, Yang paling penting jangan lupa doa pada Allah supaya hadirkan rasa cinta tu tiba pada masanya. Barulah hati kita tenang :). 

Okeh, itu cara aku. Kalau korang macam mana? Boleh kongsikan? Sekian terima kasih.

Khamis, Disember 24, 2015

Vape- Haram atau Halal?

Sekarang ini, vape sedang hangat diperkatakan di media sosial, sampaikan Fea sendiri pun bukan nak kata kena batch, tapi kena tegur dengan cara tak beradab oleh sesetengah masyarakat yang saudara seislam sendiri. Sedih dan kurang berpuas hati dengan kata-kata yang dilemparkan. Rasanya boleh tegur elok-elok, bukan cakap yang bukan-bukan. Tengoklah dia kat akhirat nanti. Merangkak meminta maaf.  Kalau yang masih kurang arif mengenai vape, disini Fea nak beritahu korang satu informasi mengenainya.
Apa itu vape?
Vape adalah satu rokok elektronik yang membolehkan pengguna menghisap rokok dalam pelbagai perisa. Yang Fea pernah terhidu masa tu perisa vanila.  Fea sebenarnya jujur kata, Fea tak suka orang hisap rokok dan vape, walaupun vape itu baunya 'menyegarkan'. Bagi Fea, tetap membahayakan kesihatan.
Apa kandungan vape?
Vape terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu bahan yang mensupply elektrik, asap dan nikotin. Jika ada seseorang yang kaki vape, ada 6 komponen mesti dia tahu kan. Vape ini lebih mudah daripada rokok kerana tidak  perlu menggunakan api untuk membakar. Di dalam vape ada satu tangki untuk menyimpan cecair yang botolnya kecil sahaja-dalam botol tu lah tersimpan banyak perisa.
Perisa itu adalah e-liquid. 
Harga vape.
Kebanyakannya bermula daripada harga RM90. Fea tak tahulah murah ke mahal, sebab Fea memang langsung tak pernah ambil tahu pasal ni. 
Rasanya itu adalah info serba sedikit tentang vape. Sekarang kita beralih pulak hukum tentang vape ini. Harap korang faham baik-baik. Nak komen, ikutlah. read at on your own risk! Fea tak bertanggungjawab.Menurut akhbar Utusan Online, yang ni Fea baca sendiri, kalau tak percaya, boleh Google okey. 
Berdasarkan pendapat Syeikh Muhammad Salih al-Munajjid, beliau mengatakan hukumnya adalah haram kerana berdasarkan hukum yang sama dengan rokok tradisional.
Ini sejajar dengan pendapat Syeikh Uthman al-Khamis yang mengatakan vape membawa kepada kemdaratan. Firman Allah dalam surah al-Baqarah dan hadis nabi,

 “Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” (al-Baqarah: 195)


Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman: “....dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang daripada mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka...,” (al-A’raf: 157).

Dari segi Sunnah pula, Nabi Muhammad SAW bersabda: “La dharar wala dhirar” yang bermaksud “Tidak boleh melakukan perbuatan yang berbahaya dan membahayakan” (Riwayat oleh Ahmad, Malik, Ibn Majah & al-Daraquni).

Okeylah, setakat ini dahulu. Sekian, wassalam.

Khamis, Februari 12, 2015

Putus Cinta? Bagaimana mengatasinya?



As salam semua kpd pembaca blogku sekalian. Hari ni saya nk sentuh sikit pasal bab putus cinta. Tak semua org yg pernh hadapi situasi macam ni. Saya mmg tak pernah bercinta, tapi saya nak kasi tahula, kenapa kita nak bercinta?

Cinta x salah, tapi yg salah itu bercouple! kenapa saya cakap macam tu? kpd yang beragama Islam, kita semua tahu kan, cinta kepada Allah itu nombor satu, tapi kenapa kita nak cinta si dia smpai kita lupa Allah? Saya ada baca dalam buku Solusi, katanya Allah cemburu jika kita cinta manusia melebihi cintanya. kalau nak tahu, sebab tu Allah tarik balik nikmat kasih syg tu, sbb cinta sebab bukan kerana Allah, sebb nafsu. Saya teknkan sekali lagi, kalau kita sayang dia, cinta dia..jangan simpn dalam hati, sebaliknya simpanlah dirinya dlm doa.

Andai dia jodoh kita, insyallah akan dipermudahkan. tetapi jika sebaliknya, kita haruslah belajar redha. bukannya mengikut emosi. sampai2 nak mengugut nak bunuh lah, tetak la..sbbnya frust cinta tak dibalas. kenapa smpai jd macam tu? klu kita benar2 syg dirinya kita mestilah berjauhan dgnnya. bukannya dkt. cinta itu mahal tahu? Ceritakan segalanya pd Allah. tabah andainya dirinya menolak kita. dia mungkin tak bersedia. kta mestilah berfikiran terbuka. ok? dah faham setakat tu? saya buknnya nak suruh awk buat apa2 pun, cuma satu je saya mintak, if nak rasa nikmatnya cinta itu, awk kena buat dgn cara yg betul. jgn sesekali mengikut emosi kerana jika awak mengikut emosi, hati awk tak kan tenang. awak x akan jumpa di mana ketenangan tu. Sekian...

Isnin, Disember 08, 2014

Berusaha Menjadi Solehah



Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa 

………………………………………………………
Awatif..Akulah tu.Nama yang diberikan itu sesungguhnya indah bagi diriku.
Aku ingin menjadi seperti Khadijah..seprti Rabiatul Adawiyah..Nama-nama itu sangat hebat dalam sejarah srikandi Islam.
Ikhtilat?Apa itu ikhtilat?Perlukah ikhtilat?..
Hemm.Ikhtilat sesama ajnabi sangat penting.Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan sanagt perlu dititikberatkan.
Dalam usiaku baru 19 tahun, baru memasuki dunia kampus di salah satu Pusat pengajian di kota metropolitan itu , aku sememamangnya ingin mencintai dan dicintai.Aku amat menjaga ikhtilat sesama ajnabi..Namun syaitan ada di mana2..ishh..nyah kau dari hidup aku..!ganggu aja..pergi kau wahai syaitan..!!jgn sesekali kau robek hatiku..!!
Namun , hidup tak selalunya indah.Aku lemah dengan panahan mesra si Adam yang asyik mengganggu aku.Namun alhamdulillah..aku ada pembimbing paling mustajab..Finalah..!! Dialah teman..dialah segalanya..dia ada di saat aku susah senang..dia penguat aku!!Alhamdulillah..sebenarnya Allah yang tolong aku..cuma Finalah sebagai perantaraNya..subhanaAllah..sungguh cantik aturanMu….!
“Fina,tolong aku,kau tahu bukan aku tidak suka bercinta sebelum kahwin? Kau juga tahu prinsip aku.”kata aku kepada sahabat karibku itu.Hanya dia seorang yang tahu masalah aku itu.
“ Watif , kalau dia nak ‘cop’ kau apa salahnya.Yang penting masing-masing menjaga ikhtilat.Tapi bagi aku, kau utamakan dulu pelajaran kau..nanti berkhayal tak tentu pasal..kau sendiri yang rugi kan?..sejauh manapun kita ingin menjaga suatu perhubungan itu..selagi tu syaitan makin mengganggu..tah2..syaitan yg first class yg akan mengganggu kau..huhu..tapi macam aku cakaplah..tidak salah kalu dia nk takdim kau..Tp ingt pesan aku…mujahadah binafsi.kena kuat..lelaki ini manis bila berbicara…tu paling kena ingat tau..!!” Jawab Fina.
Aku buntu mencari jawapan mengenai lamaran Azmir terhadap diriku.Sememangnya memuliakan wali itu paling aku inginkan..ahh..buntunya..
Astagfirullah..Awatif..kenapa benda kecik pun kau nak tension2..relaks..yang penting kau tegas dengan prinsip dan pendirian kau…Umur 19 tahun?Perlukah kau fikirkan semua tu?..getus Awatif dalam dirinya..
Hem biarlah..relaks..bagi aku masih awal..keutamaan aku belajar dan keluarga..
Jodoh itu akan hadir jika kita sudah bersedia..
Dan sekarang aku belum bersedia…
————————————————————————–
UNTUK MENGGAPAI WANITA SYURGA ITU SULIT SEKALI.WALAU DI AWAL MENJAGA TETAPI TERKADANG TUNDUK JUGA PADA HASUTAN NAFSU DAN SYAITAN..MUJAHADAH NAFSI PERLU KUAT..KEAZAMAN PERLUKAN TINDAKAN MENGHASILKAN KEJAYAAN.
IKHTILAT
Bermaksud pergaulan.Pergaulan membawa maksud percampuran sesama manusia sama ada lelaki atau wanita.
Susahkah ingin menjaga iKhtilat?Sememangnya ia memerlukan mujahadah yang sangat kuat.
Bisa sahaja jikalau berurusan dengan lelaki..namun jagalah batas2 pergaulan..mungkin susah..tapi bermujahadahlah….
Tiada ada masalah kalau seorang wanita itu telah ‘dicop’ oleh mana-mana lelaki.Namun ingat..Syaitan itu ada di mana-mana.Dia akan sentiasa mengaburi mata kita.Jagalah perhubungan yang dibina mengikut syarak.Couple Islamik tidak pernah wujud dalam Islam.Matlamat takkan menghalalkan cara.Couple islamik hanyalah selepas melafazkan sakinah yang mulia iaitu ijab dan kabul.
Saya ingin berkongsi secara ringkas satu kisah benar.Seorang perempuan ini telah ‘dicop’ oleh seorang lelaki , dan tempoh perkenalan mereka selama 7 tahun.Dalam tempoh itu si lelaki meminta untuk berhubung dengan perempuan itu 4 bulan sekali.Tetapi perempuan itu tidak bersetuju dan menjawab.Kalau kamu tidak mendengar berita saya meninggal dunia , maknanya saya masih sihat..SubhanaAllah.Lihatlah betapa si perempuan ini amat menjaga perhubungan ini.Dalam tempoh 7 tahun hanya 3 kali mereka berhubung.Itulah natijahnya jika Allah sebagai penyantar utama dalam perhubungan itu..
Dan paling terkesan apabila si perempuan ini berkata..Kalau sekarang kita sering menghubungi sesama kita,Apakah nasib bakal generasi akan datang.??Kalau sekarang kita sering bermesej , bergayut siang malam.Anak-anak kita juga akan melakukan hal yang sama,Bahkn lebih teruk lagi dari itu.
………………………………………………………………..
Wanita solehah itu bukanlah terletak pada pakaiannya
Wanita solehah itu bukanlah terletak pada status ustazahnya
Wanita solehah itu bukanlah terletak pada kelembutannya
Namun..pada dia ada segalanya…
penyejuk mata hati ayah dan bonda..
Berusaha untuk menjadi solehah..
wanita solehah itu tatkala tidak memandang dan dipandang…
perbaiki diri..perbaiki peribadi..Insyaallah Allah akan kurniakan Imam yang mampu membimbing kita menggapai wanita syurga bidadari dunia..
………………………………………………………………..
Mudah utk jatuh cinta,
tidak salah,
kerana itu merupakan fitrah,
namun cara untuk mengendalikn rasa cinta itu yg susah.
ada yg mampu,
ada juga yg tersungkur..
tidak salah jikalau ada yg ‘cop’ atau ‘takdim’ seseorg wanita itu,
namun jagalah batas ikhtilat..
ingtlah,
jika hri ni kita mesej dgn ajnabi tnpa tjuan kpntingan,
jika hri ini kita berdating tnpa rasa malu dan segan,
jika hri ini kita berpegangn tgn tnpa takut pd tuhan,
jika hari ini kita bergayut siang malam tanpa rasa kegusaran,
Bagaimana nasib generasi di hari depan?
Bagaimana nasib Islam di hari depan?
Mungkin kita bisa bersuka ria..bergelak ketawa..bersenda gurau di saat ini
Namun jgn kita tangisi , jgn kita sesali , jgn kita ratapi ,
Jika generasi muka yg lahir menjadi hamba kepada duniawi,
Menjadi hamba kepada musuh yang hakiki,
nauzubillahminzalik.
ayuh,sama2lah perbaiki diri,Insyaallah,
Allah xkn memandg enteng stiap usaha hmbanya.
YA ALLAH KUATKAN KAMI UNTUK MELAWAN NAFSU DUNIAWI..
YA ALLAH TABAHKAN KAMI MENEPUH JALAN ONAK PENUH DURI..
SESUNGGUHNYA KAMI LEMAH TANPAMU DI SISI..
BANTULAH KAMI..
BIMBINGLAH KAMI ..
PIMPINLAH KAMI..
AGAR BISA MELALUI JALAN INI..
JALAN YANG DIBERKATI,
JALAN REDAMU YA ILAHI..
AMIN YA RABBAL ALAMIN..
‘ORANG YANG TAK BERCOUPLE SEBENARNYA BUKANLAH TAK LAKU,TETAPI CINTANYA HANYA UNTUK LIMITED EDITION UNTUK YANG HALAL SAHAJA’- UAI

Nak Ber C.R.U.S.H??



Assalamualaikum..nak tahu ape saya nak update pada malam yg amat sunyi nie kan? Rasanya semua dah tahu ape tajok yg saya nak bagi nie. Satu dan simple aje.

C-Cintalah

R-Rumah Allah

U-Untuk

S-Sepenuh

H-Hati

haa..nilah akronimnyer yang saya nak ceritakan pd malam nie. Tengok gamba dan video Lara Alana kejap tadi..biasalah, hilangkan tension kejap.

Ha! Nak jdkan cerita, saya dulu ni jarang nak pegi masjid, apatah lg klu masjid tu jauh dgn hostel. Lagilah kan? Memg tak pergilah. Tapi, ada lah dalam satu hari itu, perasaan nie membuak-buak nak pergi. Saya pun pergilah..

Nak dijadikan cerita, sy dengar azan Maghrib yg mendayu-dayu. Sedih dan hampir saya nak nangis. Nak tahu kenapa? Dah jatuh cinta dgn kalimh Allah yg suci tu. Saya nie nak kata alim tu, tak adalah sangat just biasa2 saja. Tp, memang saya dh tak tahan. Suara dia sedap sgt.

Lepas je solat Maghrib, saya pun duduk termenung kejap. Ntahlah..fikir masalah dunia lagi kot, busy dengan assignment lagi, jd fikiran tak tenteram la..hehe. Asyik2 org inbox kita bila la nak merasa nasi minyak la..apa la,saya nie jenis semak kepala sikit, jd tak hairan pun..


Ok, saya pun selepas solat Isyak ape semua, bergegas balik dorm. Malas nak jumpa org sgt, sbb nak ade masa utk kite menyendiri, jd balik dorm tu terus nangis (td kata x ada perasaan, rupanya turun jugak air mata nie ) Roomate x ade dlm dorm, jd..kira ok la tu kan. Nangis tanpa org len tahu.

Kenapa saya nangis? Saya nangis sbb satu jer, masalah sy time tu. Rata2 kwn saya dah sibuk x nak jd berlagak suci brlagak alim lah kata diaorg. Saya diam jer mula2, sbb malas la nak cri gadoh.


And then, heboh la kwn sy tu dah sibok nak berCRUSH!! Sy terkejut..dia sgt baik dan sy sama skali tak sgka ini boleh terjadi. Saya nangis, sy rasa tak mampu nak tarbiah dia (ape yg sy fikir waktu tu sy tak layak sbb saya bukan ahli BADAR). Sy tahu org tak suka saya, orang benci tgk saya..sampai lah sekarang, tp saya diamkn diri aje.

Saya cuba tulis moment di Wechat pasal CRUSH nie. Sy nak dia sedar..Tp, kenapa dia tak beri ape2 respon? Dia kutuk sy lg. Ok..Saya diam. Saya sematkan diri lg...

Kau Kena Tabah..Jangan Nangis.
Saya cuba kuatkan semangat...Its oke. Aku dah cuba buat yg terbaik. Jgn risau..Moga2 dia berubah.
Itulah mkna CRUSH sy yang sebenarnya. Cinta Allah dulu. Saya menerima kekuatan melalui kalimah azan yg mendayu-dayu dulu tu. Saat itu sy bgkit mnjd seorg yg baik.

Mulai hr itu, sy tahan je bila tgk moment yg tak berapa sy suka. Cinta seseorg bagai nak mati. Islamik la konon, tp pernahkah mereka fhm perasaan sy? Sy tahan je..sbb sy dah bsar..boleh fikir ape yg baik dan ape yg buruk. K....fine, stay calm.

Sbb tulah Allah haramkan bab ber CRUSH bagai nak mati nie. Tak ingat ape lg dah, ingat pakwe/makwe dia aje..haishh..memg nak kena. Solat pon ke mn, ape pon ke mana.. (Sy pon lwan nafsu jugak sbb nak solat pon asyik lewat je- tu yg tak berCRUSH, klu berCRUSH..tak tahu la, solat mmg tak la.)

Ok..setakat itu je entry untuk hari ini..mohon maaf ye andai terkasar bahasa :) Assalamualaikum semua..


Ahad, Jun 29, 2014

Cinta Remaja 2



Cinta adalah makhluk tidak bernyawa. Ia tidak berjisim, tidak berjirim, tidak punya rupa dan fizika. Tetapi ia ajaib dan berkuasa. Ia menjalar dalam jiwa dan menggetarkan rasa. Siapakah sang ajaib Penciptanya?

Cinta adalah biasan dari Penciptanya yang Maha Pencinta. Ia dibiaskan kepada segala ciptaan-Nya supaya mereka dapat hidup dalam cinta, kasih dan mesra, serta aman bahagia.

Cinta adalah fitrah dan cinta adalah suci. Cuma, kerana hawa nafsu buas, cinta disalahgunai. Cinta suci telah dicemarkan oleh manusia yang tamak, tidak sabar, gelojoh, rendah akal dan terpengaruh oleh hasutan dan desakan keji syaitan.

Masa remaja adalah masa cinta berbunga. Pantas sekali remaja bercinta, mencari cinta dan mahu dicintai. Cinta remaja kini sudah menjadi fenomena. Di merata-rata didapati remaja bercinta, malah tenggelam dan hanyut dalamnya, lalu mati, terkorban, korban cinta yang ngeri dan menjijik serta bangkainya membusukkan.

Berbicara soal cinta remaja adalah berbicara soal hubungan dan pergaulan remaja lelaki dan perempuan. Yang dimaksudkan dengan cinta remaja dalam tulisan ini hanyalah cinta remaja yang bathil, yang salah, yang terlarang, dan yang haram, dan bukan cinta remaja yang suci. Yang dimaksudkan dengan cinta remaja dalam tulisan ini ialah cinta remaja sebelum mereka bernikah, iaitu mereka bercinta dengan lelaki bukan hak halal mereka ie: bukan suami mereka.



Senarai beberapa panduan dalam manual kehidupan seorang bernama Muslim:


1. Hubungan Lelaki dan Wanita atas Keperluan

Umum mengetahui bahawa sistem kehidupan manusia yang paling sempurna dan agung ie Islam membataskan hubungan antara lelaki dan wanita dengan hikmah tertentu yang Allah lebih mengetahui sebagai Pencipta kedua-dua jantina itu. Dari pemisahan tempat solat dan susunan sofnya sudah ternyata hakikat pemisahan antara lelaki dan wanita. Komunikasi antara dua jantina ini bagaimanapun diizinkan dalam hal-hal keperluan seperti urusan muamalat harian, tetapi tidak dalam hal-hal kehendak yang banyak didorong oleh hawa nafsu seperti kehendak berhibur dan berseronok lelaki dengan wanita luar nikah. Kehendak seperti itu adalah berlandaskan hasutan syaitan dan desakan hawa nafsu semata yang mengindahkan dunia sementara tapi mengazabkan akhirat hidup yang selama.

Cinta remaja adalah perlakuan yang terkategori dalam kehendak yang berlandas hawa nafsu. Maka ia adalah perhubungan yang tidak terizin, dengan kata laras hukum; haram.

2. Khalwat Fizikal dan Khalwat Hati adalah haram

Rasulullah s.a.w bersabda "Setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita, syaitan akan menjadi orang ketiga."

Sudah termaklum dalam masyarakat Muslim bahawa khalwat adalah haram. Umumnya, orang memahami bahawa khalwat terjadi hanya setelah seorang lelaki dan seorang wanita bersama-sama bersendirian, terutama di tempat tiada orang lain. Khalwat itu bahaya dan haram. Persoalannya, apakah tidak berkhalwat, tidak bahaya dan tidak haram jika ada tiga orang atau lebih terdiri daripada lelaki dan wanita, di suatu tempat yang di sana mereka tidak ada perasaan malu lagi untuk berbuat maksiat, seperti di pusat-pusat hiburan dan arak? Persoalan lain, apakah tidak berkhalwat, tidak bahaya dan tidak haram dua orang dari lelaki dan wanita bersama-sama di khalayak ramai, sedang hati kedua-duanya tertaut rapat oleh hawa nafsu dan perlakuan kedua-duanya adalah perlakuan seperti orang berkhalwat, yang tidak rasa malu kepada sesiapa di sekeliling, bahkan tidak rasa malu kepada Yang Maha Melihat? Persoalan lain lagi ialah apakah tidak termasuk khalwat dua orang lelaki dan wanita yang terjalin dengan hubungan hati berlandas maksiat dalam perbualan secara langsung mahupun melalui telefon dan alat komunikasi lain?

Ternyata kondisi-kondisi tersenarai di atas adalah maksiat semata dan terkategori khalwat juga, kerana khalwat itu bukan pada fizikal sahaja, tetapi juga pada hati, malah khalwat hati itu lebih terdahulu bermula kerana setiap perbuatan dan perkataan adalah hasil dari ilham hati. Khalwat jasadi (badan) hadir setelah khalwat qalbi (hati).

Dalam soal cinta remaja, khalwat secara fizikal di tempat tiada orang lain berkemungkinan terjadi, bahkan memang sejarah membuktikan ia pasti terjadi, yang menentukan hanya asri (masa), lambat atau cepat. Lebih mudah terjadi dari khalwat jasadi ialah khalwat hati yang berlangsung secara terbuka atau tertutup. Dalam situasi terbuka umpama pertemuan lelaki dan wanita di khalayak umum, jasad keduanya tidak berkhalwat, tetapi hati keduanya bias saja berkhalwat melalui tautan nafsu yang melahirkan kata-kata lunak manja wanita dan pandangan serta jelingan mata panah syaitan. Disebabkan khalwat hati, remaja bercinta hilang perasaan malu kepada orang lain dan kepada Rabb mereka, sekalipun di tempat umum dan di khalayak ramai, mereka melakukan apa saja maksiat yang memenuhi citarasa hawa nafsu. Tambahan lagi masyarakat individualistic hari ini sudah tidak peduli maksiat berlangsung hebat depan mata mereka asal kamu nikmat dan aku tidak terganggu bahkan dapat mengongsi sama nikmat maksiatmu. Astaghfirullah. Na'uzubillah. Khalwat hati bisa saja terjadi sepanjang perhubungan langsung muka ke muka mahupun melalui media; telefon, pesanan tek, surat, emel dan sebagainya. Jelas bahawa cinta remaja adalah terlarang kerana khalwat fizikal dan hati yang mengisi cinta remaja itu adalah haram.

3. Bertentang Mata adalah Panahan Beracun Iblis

"Pandangan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya." (hadis riwayat at Tabrani dan al Hakim)

Tentu sekali tidak ada antara kita yang mahu terkena panahan, apalagi panahan beracun. Inikan pula panahan beracun yang bukan sebarangan, tapi panahan beracun dari musuh kita, Iblis dan syaitan yang dilaknat Allah. Terkena panahan saja, kita tidak mahu kerana ia menyakitkan. Semua orang dapat mengagak kesakitan dari terkena panahan. Bertentang mata antara lelaki dan wanita sebenarnya menyakitkan kerana ia adalah dosa dan dosa pasti menyakitkan di neraka nanti, walaupun tidak sekarang menyakitkan tetapi akan menyakitkan di hari kemudian; akhirat. Hanya pada fizikalnya pertentangan mata lelaki wanita itu tidak menyakitkan, malah menikmatkan kerana ia berempahkan nafsu, padahal hakikatnya amat menyakitkan.

Panahan kosong saja sudah sangat menyakitkan, apa lagi panahan beracun. Semua orang tahu racun kesannya bukan sedikit, malah boleh bertindak cepat dan menyebar ke seluruh badan, hingga ia mengalir dalam darah dan meracuni seluruh urat, saraf, otot dan anggota . Bertentang mata lelaki wanita itu panahan beracun. Maka amat senang sekali dimengertikan kita bahawa ia akan segera menusuk masuk dalam darah, dan berlari, menyebar ke seluruh badan dengan pantas serta menyerang bahagian-bahagian badan lain. Sebab itu, sekali saja bertentang mata lelaki perempuan, hati dengan pantas terus bergetar, bergegar dengan niat dan bayangan yang jahat, dan seluruh anggota pun bangkit bersemangat untuk bertindak, padahal tindakan itu adalah maksiat. Demikianlah kuasa tindak sepantas kilat yang bisa tergenerate dari sekilas pertentangan mata dua jantina.

Apatah lagi panahan beracun ini bukan milik pemanah sebarangan, tapi si pemanah musuh kita yang jelas lagi nyata. Dan dia musuh yang berkuasa. Mesti dan sedapat-dapatnya kita mengelak panahan beracun ini.

Menyentuh cinta remaja, seolah-olah terbayang remaja lelaki dan perempuan bergelimpangan, mati merana dan merata di jalanan kerana terkena panahan beracun Iblis dan syaitan. Bagaimana mereka bisa mengelak dari terkena panahan itu kalau mereka sendiri yang pergi mencari-cari dan menghadapkan diri dan mata mereka pada panahan itu. Amat sukar dan ironis untuk difahami, mereka itu pergi menghadapkan diri di depan panahan beracun syaitan secara berdepan-depan, seolah–olah menyerah diri dan lagi mereka mengambil jarak yang amat dekat, sehingga kuasa panahan yang mengena itu amat kuat.

Memang telah terang lagi nyata, panahan beracun Iblis itu bahaya dan setiap yang bahaya tidak boleh diambil, dilarang mengambilnya apatah lagi bermain-main dan berseronok dengannya. Pertentangan mata lelaki wanita itu bahaya, maka dilarang bahkan haram melayani, bermain-main dan berseronok dengannya. Pendeknya, cinta remaja yang sudah semestinya terbina dari pertentangan-pertentangan mata lelaki dan wanita itu adalah bahaya, maksiat, dosa dan haram.

4. Suara Lunak Lemak Manja Wanita adalah Aurat

Surat al Ahzab ayat 32: "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" . Yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah bukanlah tunduk pandangan semasa berbicara, tetapi tunduk di sini bermakna melembutlunakmanjakan suara semasa wanita berbicara dengan lelaki sehingga bias menimbulkan keberahian lelaki itu untuk bertindak tidak baik terhadap mereka. Contoh sikap demikian ialah bertutur secara lunak, lemah gemalai, manja, dan menggoda hawa nafsu lelaki. Yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina atau pembukaan kepadanya.

Nah! Isteri-isteri Nabi yang merupakan para wanita yang paling mulia dan merupakan ibu kepada kaum mukminin itu pun diberi panduan, amaran dan peringatan agar tidak melunakkan suara apabila berbicara dengan lelaki. Para isteri Nabi yang suci pun diberikan peringatan keras, apatah lagi kaum mukminat seluruhnya. Kaum lelaki dalam kuatnya secara jasadi sebenarnya lemah terhadap tarikan wanita. Ternyata percakapan wanita yang lunak, manja, dan menggoda kepada lelaki yang bukan merupakan suaminya adalah maksiat yang jelas dan tentunya haram. Sedang dalam cinta remaja itu, lagak pergaulan, percakapan dan komunikasi antara kedua-dua orang dari pasangan remaja itu tidak banyak bezanya dengan lagak pergaulan seorang suami isteri yang semestinya berkasih-kasihan dan manja kepada pasangannya semasa perhubungan dan perbualannya. Mereka bertutur dengan kata-kata manja dan nada menggoda. Perlakuan sedemikian padahal tidak layak sama sekali bagi pasangan bukan suami isteri, bahkan haram. Demikian sebabnya, cinta remaja yang memang mengandung perlakuan tidak halal ini adalah terlarang, malah haram.

5. Bersentuhan antara lelaki dan wanita

Bersentuhan antara lelaki dan wanita menurut syariat (undang-undang) Islam adalah haram. Bersentuhan saja sudah haram, apatah lagi perlakuan yang lebih dari itu. Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kepala kamu ditikam dengan besi, itu lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu." (hadis riwayat at Tabrani dan al Baihaqi). Kepala ditikam dengan besi itu bukan hal yang baik, malah terlalu pedih azabnya. Tapi, ini dikatakan lagi bahawa hal yang terlalu pedih azabnya itu (kepala ditikam dengan besi) lebih baik daripada lelaki menyentuh wanita yang tidak halal untuk disentuhnya. Ini sudah bermakna, lelaki menyentuh wanita yang tidak halal untuk disentuh itu terlalu jauh lebih teruk dan buruk dari teruk dan pedihnya kepala ditikam dengan besi. Kami berlindung dengan Allah dari hal itu. Buruk dan teruknya lelaki menyentuh wanita yang tidak halal untuk disentuhnya itu adalah dari aspek moralnya dan juga dari aspek hukumannya yang tersangat dahsyat di hari perhitungan kelak.

Dalam kasus cinta remaja, kalau sudah wujud pertemuan jasadi (ie dating) malah pertemuan qalbi (hati) itu, pastilah berlaku kedekatan secara jasad (ie fizikal lelaki dan wanita berada dalam jarak yang dekat, "close proximity "wink. Padahal lelaki dan wanita itu ibarat dua magnet berbeza kutub, pastilah saling tarik menarik apabila berdekatan. Semakin dekat kedudukan, semakin kuat tarikannya. Tarikan itu akhirnya berakhir dengan sentuhan antara keduanya, malah bukan sekadar tersentuh, bahkan terikat rapat, erat dan ketat. Itu sudah hukum logik ciptaan Pencipta lelaki, wanita dan magnet. Begitulah juga lelaki dan wanita, tarikan antara keduanya tidak ubah seperti tarikan dua magnet. Maka memang berlaku kemungkinan, malah bukan setakat mungkin, realiti yang lepas sudah membuktikan bahawa berlaku persentuhan antara jasad lelaki dan wanita dalam cinta remaja, malah banyak kasus yang melebihinya hingga berlaku perihal yang tidak diminta. Bencana dan dosa zina.

Disebabkan cinta remaja itu mengandungi komponen haram, ie bersentuhan antara lelaki dan wanita, maka cinta remaja itu sendiri adalah haram. Itulah hakikat yang terpaksa diterima sebagai seorang Islam, sesuai dengan makna Muslim iaitu tunduk dan patuh pada Allah, seluruhnya dan sebulat-bulatnya secara total, tanpa argumen.

6. Perkara yang mendekatkan kepada zina

Sudah jelas dalam syariat Islam bahawa zina itu haram. Telah jelas juga termaktub dalam Perlembagaan Tertinggi bagi orang Islam iaitu al Quran bahawa perkara yang mendekatkan kepada zina juga adalah haram. Surat al Israk ayat 32 menjelaskan "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." Pernyataan 'jangan' dengan jelas menunjukkan bahawa perbuatan mendekatkan kepada zina adalah haram. Cuma, masyarakat Islam yang belum jelas hakikat ini. Kalau pun sudah jelas, sengaja berpura-pura tidak tahu seolah-olah ayat ini tidak pernah exist dalam al Quran yang mereka baca secara lisan. Padahal kepura-puraan mereka itu hanyalah menipu diri sendiri kerana hendak menurut, memuja, mengagung dan memuaskan nafsu yang memang suka kepada perbuatan terlarang mendekatkan diri kepada zina.

Lagi dalam hal cinta remaja, perkara yang mendekatkan kepada zina memang jelas wujud. Berkedudukan lelaki dan perempuan dalam jarak dekat, baik secara terlindung (khalwat) atau pun secara jelas di khalayak (ie dating di tempat awam atau rumah makan), persentuhan lelaki perempuan, bahkan yang lebih dari itu, pertentangan pandangan mata, pandangan mata kepada berlainan jenis secara bernafsu, perbualan lelaki perempuan yang intim, mesra, manja, lunak, menggoda dan bernafsu, pembukaan dan pendedahan aurat terutama di pihak wanita, semuanya adalah perkara-perkara yang membuka pintu, mendorong, menggalakkan, memudahkan, meransang, membawa dan mendekatkan kepada zina. Hal-hal ini wujud dalam cinta remaja, maka cinta remaja itu sendiri adalah pembuka pintu, pendorong, penggalak, pemudah, peransang, pembawa dan pendekat kepada zina.

Maka sekali lagi jelas, bahawa perkara yang mendekatkan kepada zina itu haram dan kerana cinta remaja itu mendekatkan kepada zina, maka cinta remaja adalah haram.

Jadi, apa jalan yang halal?

Pertanyaan ini pasti berlegar di pemikiran para remaja yang di zaman emas cinta ini amat membutuhkan untuk mencintai dan dicintai, kerana itu memang sudah fitrah ciptaan Ilahi. Sesungguhnya cinta itu suci. Surat an Nur ayat 32 menjawab pertanyaan di atas: " Dan kahwinkanlah orang-orang yang sedirian antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." Memang ternyata perkahwinan adalah penyelesai masalah, kerana sesudahnya semua yang haram sebelumnya menjadi halal. Wah, indahnya!

Tetapi realitinya, banyak remaja belum siap untuk kahwin. Bahkan, dalam konsepsi yang salah, mereka seperti memandang kahwin itu penghalang keseronokan, pengakhir zaman keemasan dan pelbagai fahaman yang silap, kerana mereka tidak mengerti bahawa kahwin itulah justeru pembangkit keseronokan hidup, kebahagiaan, ketenangan dan pemula zaman emas dalam hidup dan cinta. Lantas, bagaimana bagi mereka yang belum sedia untuk kahwin atau belum mampu, padahal keinginannya sentiasa mahu.

Islam sebagai sistem yang lengkap dan penyelesai masalah, bukan penyebab masalah, tetap saja mempunyai penyelesaian untuk problematika itu. Surat an Nur, ayat 33 menjawab; "Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan hamba sahaya yang kamu miliki yang memginginkan perjanjian, hendaklah kamu buat perjanjian dengan mereka, jika kamu mengetahui ada kebaikan pada mereka, dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikaruniakan-Nya kepadamu. Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri mengingini kesucian, karena kamu hendak mencari keuntungan duniawi. Dan barangsiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (kepada mereka) sesudah mereka dipaksa itu."

Menutup Aurat dan Menyembunyikan Perhiasan Wanita

Ayat 31 surat an Nur juga memberi panduan khususnya untuk wanita, dalam upaya memelihara kesucian diri: "... janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. ..." Perhiasan pada diri wanita itu terbahagi dua; perhiasan internal dan perhiasan eksternal. Badan wanita itu sendiri adalah perhiasan dan merupakan perhiasan internal. Sedang segala perhiasan yang dipakaikan kepada wanita itu dari pakaian, barangan kemas, bau-bauan, warna-warnaan dan lain-lain adalah perhiasan eksternal. Maka, wanita sewajibnya tidak menampakkan perhiasan internal dan eksternal mereka. Aurat wanita adalah sebahagian dari perhiasan internal. Maka aurat hendaklah ditidaknampakkan atau disembunyikan dari pandangan lelaki baik dari segi permukaan aurat itu, warnanya, malah bentuknya ie bentuk anggota badan terutama yang sensitif pada pandangan lelaki. Pernyataan "... kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. ..." dalam ayat 32 surat an Nur itu merujuk perkara yang pada waktu kebiasaannya memang tampak, seperti luaran pakaian, muka dan tangan. Tapi itu tidak bermakna wanita boleh berpakaian, atau menghias muka dan tangan sampai boleh menarik perhatian lelaki seperti memakai pakaian yang ketat atau sendat ke bentuk badan, nipis hingga menampakkan dalaman badan atau berwarna terang ranggi yang menarik perhatian, atau memakai bau-bauan semata menarik perhatian, umpama warna dan bau bunga menarik kumbang. Muka dan tangan pun tidak sepantasnya dihias sehingga menarik perhatian lelaki bukan suami. Sedang larangan inilah yang menjadi budaya wanita moderat hari ini. Inilah cabaran dan ujian buat Muslim agar mereka layak diganjari syurga di mana Muslimat akan menjadi bidadari dan Muslimin akan bercinta dengan mereka
Dengan seindah-indah cinta syurga yang tidak pernah wujud dalam cinta hawa nafsu manusia dunia yang hina.

Diberikan lagi panduan dalam ayat 31 surah an Nur manual bagaimana wanita hendak memelihara kesucian diri "... Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."

Diberikan panduan secara jelas, terang lagi bersuluh agar wanita menutup perhiasannya dengan lebih kemas pada bahagian tertentu dari perhiasan itu. " ... Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, …". Memang dapat difahami bahawa ia perlu ditutup dan tidak dibuka, perlu ditidaknampakkan bentuknya, serta penutupan itu bersifat menyeluruh bukannya parsial, iaitu meliputi seluruh anggota dan bukan separuh-separuh saja atau sekadar ambil-ambil nama tutup. Yang ditutup itu adalah perhiasan, maka selayaknya ia ditutup secara total supaya sedikitpun tidak terkena kotor. Ada yang mempersoal, kalau ia √°dalah perhiasan kenapa ia mesti ditutup sedangkan perhiasan adalah untuk ditayang dan diperagakan. Ya, memang ia untuk ditayang dan diperagakan, tapi ia bukan perhiasan sebarangan yang boleh ditayang kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa, tetapi dia √°dalah perhiasan yang tersangat mahal, mulia dan istimewa dan layak ditayang pada masa-masa tertentu di tempat-tempat tertentu kepada orang yang istimewa dan berhak sahaja ie suami tercinta.

Menjauhi Perbuatan yang Menarik Perhatian Lawan Jantina

"… Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." Satu lagi panduan berguna buat menjaga kesucian diri. Secara fiziknya dapat difahami bahawa perbuatan memukul kaki itu termasuklah menggerakkan, melangkah, menghayun atau menggoyangkan kaki agar mengeluarkan bunyi (sama ada dari hentakan sandal, loceng, gelang kaki atau lain-lain) untuk menarik perhatian lelaki terutama semasa berjalan. Amat ironis perbuatannya, pada masa dia berbuat ketaatan kepada Rabbnya dengan menyembunyikan perhiasannya, pada masa sama juga dia ingin berbuat keingkaran (maksiat) kepada Rabbnya. Dia berbuat begitu semata-mata kerana masih mahu menurut hawa nafsunya, padahal dia pun tahu bahawa kaki yang hendak digunakan untuk maksiat itu pun dari Allah. Tidakkah dia berasa malu menggunakan harta seseorang untuk menentang orang itu sendiri, padahal dia hanyalah peminjam harta itu (ie kaki)?

Berpuasa

Berpuasa adalah saranan yang amat berkuasa dan berkesan dalam menjaga kesucian diri. Rasulullah telah memberitahu dengan jelas: "Wahai para pemuda, siapa sahaja di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Dan siapa sahaja yang belum mampu menikah, hendaklah ia berpuasa, sebab puasa itu memiliki pembenteng (wija)" (HR. Bukhari Muslim).

Ternyata sekali bahawa puasa itu benteng kukuh untuk para mukminin dan mukminat terutama para remaja Islam yang belum kahwin dalam usaha menjaga kesucian diri dari melakukan fahsyak kerana desakan hawa nafsu dan bujukan syaitan berupa jin dan manusia. Ya, hari ini jin-jin syaitan tidak nampak kerana ghaib tetapi syaitan berupa manusia memang banyak berkeliaran di mana-mana bahkan mereka bergiat mendakyahkan kemaksiatan kepada manusia melalui pelbagai sarana, media dan wacana.

Surat al Baqoroh 183 memberitahu hasil puasa: "Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa." Ya, itu kesannya puasa, menghasilkan muslim yang bertaqwa. Muslim bertaqwa tentu sekali menjaga kesucian dirinya secara awas dan ketat.

"Puasa itu menjadi perisai." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Satu lagi hadis yang menyokong kekuatan puasa sebagai wahana berguna dalam upaya menjaga kesucian diri. Puasa secara saintifiknya mengecilkan pembuluh darah sekaligus menyukarkan syaitan untuk berlari di dalamnya, secara automatis men de-active kan mereka.

Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang suci dan menjadi orang yang mensucikan diri. Sesungguhnya Allah itu Maha Suci dan menyukai kesucian, lahir dan batin.

Sucikanlah dosa kami Ya Rabb yang Maha Suci.
Amin.

Khamis, Februari 13, 2014

Saya Tak Suka Perempuan Bertudung Labuh..



~Islam itu indah. Bersegeralah mencarinya biarpun pelbagai rintangan melanda.~

"Tak naklah pakai tudung. Orang pakai tudung pun banyak buat maksiat."

Terkedu saya mendengar kata-kata itu. Itu hanya seorang, bahkan mungkin ramai lagi yang beranggapan begitu.

Sewaktu kecil dahulu, saya juga pernah tanamkan dalam diri; 'Saya tak suka orang tudung labuh dan yang konon pakai kopiah."

Perkara ini berlarutan hingga akhir darjah enam apabila ustazah di sekolah tawarkan beberapa borang untuk masuk ke sekolah agama, tak satu pun saya ambil.

Waktu tu dalam hati saya berkata, 'Orang sekolah agama atau tak, sama je.'

Mengapa ya anak kecil sebesar saya ketika itu tak suka pada orang yang membawa imej agama? Walhal, tiada siapa pun yang membisikkan pada seorang anak kecil ini untuk membenci agamanya sendiri.

Semua ini mula terjadi ketika saya berusia lebih kurang 10 atau 11 tahun. Disebabkan sikap saya yang suka memerhati dan mendengar, walaupun masih kecil tapi saya memahami situasi dan suasana yang berlaku.

Terjadi satu peristiwa di kampung saya, melibatkan hal pengambilan tanah oleh pihak kerajaan untuk membuat jalan bertar dari jalan besar ke tempat rekreasi berdekatan. Yang peliknya jalan itu bengkak bengkok bila sampai di tanah sawah nenek saya. (Saya juga turut melihat pelan jalannya.) Hampir dekat separuh juga tanah sawah nenek saya itu mahu diambil pihak kerajaan. Berhadapan tanah sawah kami adalah tanah saudara saya. Beliau terkenal sebagai orang yang dihormati di kampung dan di panggil ustaz , mungkin kerana beliau adalah lepasan universiti terkemuka di negara anbia'.

Entah bagaimana, rupa-rupanya diketahui bahawa pelan jalan tersebut bukan pelan asal yang dibuat. Pelan asal sebenarnya adalah jalan yang lurus dari jalan besar itu ke tempat rekreasi. Namun, mengikut kata pegawai bertugas itu, saudara saya telah berjumpa dengan beliau untuk meminta agar mengubah pelan tersebut agar tanah kebunnya tidak akan diambil banyak oleh kerajaan.

Terkejut saya ketika itu sebab saya tak sangka akan jadi perkara macam tu. Walaupun masih kecil tetapi sebab nenek suka bawa saya ke mana-mana, jadi saya tahu banyak cerita yang sebenar.

Tapi saya selalu kasihan tengok nenek saya. Selalu saya tengok dia bersedih hati dan ada juga menitiskan air mata apatah lagi apabila mendengar tohmahan dan kata-kata. Ya, kami orang susah. Anak-anak nenek pun baru mula bekerja dan tak keluar universiti macam mereka.

Semenjak itu, saya benci pada mereka yang membawa imej agama. Saya benci pada orang-orang yang konon nampak warak tapi buruk bila berkata-kata dan umpama api dalam sekam pada manusia lain.

Saya masih kecil ketika itu. Tapi mungkin kerana Allah dah cipta fitrah manusia itu suka kepada kebaikan dan benci kepada kezaliman, maka hati saya sendiri memberitahu bahawa perkara yang dilakukan itu tidak betul. Bayangkan baru berusia setahun jagung, saya sudah meletakkan persepsi yang buruk kepada Islam kerana orang-orang yang kononnya membawa Islam.

Apabila berada di sekolah menengah, baru saya tahu. Islam sebenarnya bukan seperti apa yang mereka bawakan dan yang mereka tunjukkan melalui akhlak mereka. Islam bukan begitu. Islam bukan suka menjatuhkan orang lain. Islam juga bukan hanya menjaga kepentingan diri sahaja.

Islam itu sebenarnya indah. Islam sentiasa memelihara dan memberi perlindungan bukan saja pada orang-orang yang beriman, bahkan juga kepada mereka yang bukan Islam selagi mereka tidak memerangi Islam. Islam itu membawa kepada kesejahteraan dan ketenangan kerana ia fitrah yang memang sesuai dengan jiwa.

Saya juga ingin mengambil iktibar daripada pengalaman saya yang lalu. Saya tak mahu menjadi fitnah pada Islam kerana diri saya sendiri. Saya tak mahu orang benci pada orang yang bawa imej Islam kerana diri saya sendiri. Alangkah besar dosa yang saya tanggung sekiranya saya menjadi orang yang menyebabkan orang lain menjauhi Islam, benci pada Islam dan orang-orang yang bawa Islam serta tak mahu saya menyebabkan fitnah yang besar pada Islam.

Saudaraku, masih ada waktu lagi untuk itu. Untuk memperbaiki diri. Saya juga masih mahu memperbaiki diri saya ini.

'Ya Allah, jauhkanlah ku dari keburukan diriku sendiri dan beri aku keampunan untuk memilih yang terbaik dalam urusanku. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa yang ku lakukan secara sembunyi-sembunyi mahupun terang-terang-terangan, dosa yang ku sengaja mahupun yang tidak ku sengaja, serta dosa-dosa yang tidak ku ketahui.'


Memperbaiki diri di samping mengajak orang lain kepada kebaikan. Ini kerana Islam itu untuk semua. Bukan pada sesuatu kaum sahaja. Nilai ketaqwaan tidak terletak pada bangsa, pada rupa, pada harta, pada warna kulit, pada kerakyatan mehupun pada organisasi. Ia terletak pada hati yang dimiliki setiap insan yang bergelar hambaNya.

Pada yang masih mencari keindahan Islam yang sebenar, usah berhenti berusaha dengan pencarian anda. Teruskan hijrah ini biar berkali rebah dan bangunlah semula tanpa pernah kenal jemu dan putus asa.

Ingatlah janjiNya;
"Dan tidak pula mereka menjadi lemah semangat lantaran apa yang mereka deritai dalam perjuangan fisabilillah, mereka tidak kehilangan harapan dan tidak pula berdiam diri. Dan (bahawa) Allah sayang kepada orang-orang yang sabar."
(Surah Ali-Imran:146)


Wallahu'alam.



~Ya Allah, satukanlah hati-hati kami yang mencari cinta dan redhaMu.

Selasa, Januari 28, 2014

Mencuri Masa & Curi Tulang itu HARAM?


Buat semua pembaca yang saya kasihi, hari ini saya nak kongsikan satu benda yang orang tak tahu. Di sini saya mahu kongsi satu cerita. Cerita ini saya ambil dari Ruangan Beduk Diketuk. Dengar dan semat cerita ni dalam hati semuanya ya. Si A ini jumpa seorang pekerja yang bekerja dengan seorang majikan. Dan berlakulah satu perbualan. "Assalamualaikum pak cik." Si A itu pun menjawab salamnya.

"Ya, anak dari mana? Kenapa tak bekerja? Curi tulang ke?" Pekerja itu tidak menjawab pertanyaan si A. Dia duduk berehat sebentar. Lebih kurang dalam sepuluh minit. Barulah pekerja tadi menjawab pertanyaan si A, takut dianggap tidak sopan. "Alah, pak cik. Setakat lima hingga sepuluh minit, tak kan tak boleh? Nak juga berehat. Letih." Si A tidak menjawab terus, sebaliknya dia berfikir cara pendekatan yang sesuai untuk menyedarkan pekerja ini tadi.

"Cuba kamu bayangkan, berapa masa yang kamu habiskan dengan curi tulang sebegini dalam sebulan? Dari situlah duit haram akan muncul." Pekerja itu naik berang, merah mukanya. "Kenapa haram pula pak cik, sedangkan saya hanya berehat saja?" Si A membalas lagi, "Ya. Majikan kamu sudah amanahkan kamu untuk bekerja pada masa yang ditetapkan, tapi kamu sudah mencuri masa. Bayangkan jika sepuluh minit, dalam sebulan, kiranya kamu sudah buangkan selama satu jam waktu bekerja kamu."

Si A menyambung lagi, "Pak cik hanya mahu nasihat saja. Macam kes sosej bersalut daging babi, ramai umat Islam yang marah kerana tertipu dengan itu. Wajarlah kerana babi itu haram hukumnya bagi umat Islam makan. Ada suri rumah yang perihatin, sanggup bertindak menyamak kuali, periuk..pak cik bangga kerana umat Islam masih mengambil berat akan pemakanan mereka."

Pekerja itu bertanya, gaya tidak puas hati. "Habis, mengapa pak cik berkata jika saya curi tulang itu haram? Saya masih belum faham." Si A menjawab dengan hati yang tenang. "Sebenarnya, jumlah satu jam yang mungkin kamu habiskan itu akan dibayar gaji. Gaji yang haram. Dengan duit itu, kamu membeli makanan kepada isteri dan anak-anak kamu. Bayangkan, kamu hidup dalam hati yang gelap kerana hati kita perlu dijaga berdasarkan apa yang kita makan. Isteri dan anak-anak kamu, makan dengan hasil titik peluh kamu, boleh kamu bayangkan mengapa ada sesetengah anak-anak mahupun isteri kurang mendengar kata suami, dan ayah mereka? Mereka semakin menjauhi kebenaran. Sebab itulah, mereka mudah mendekati maksiat."
Pekerja tadi mula mengangguk faham. Dia nampaknya berlalu dengan tenang.

Kesimpulannya, Mencuri Masa & Curi Tulang adalah haram hukumnya.. Bersama-samalah kita muhasabah diri. Sekian.. :)